• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vinales Tak Ada Jawapan Punca Dapat Tempat Terakhir Semalam

Vinales Tak Ada Jawapan Punca Dapat Tempat Terakhir Semalam

June 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

657
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Yamaha Monster Energy, Maverick Vinales menampilkan persembahan terburuk musim ini pada aksi GP Jerman  semalam apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-19, yang juga terakhir.

Malah, prestasi buruk itu dikesan seawal pusingan kelayakan sebelum itu apabila sekadar bermula di tempat ke-21 dan langsung gagal melakukan sebarang perubahan kedudukan pada perlumbaan sebenar.

Vinales nyata bergelut dengan prestasi walaupun memenangi perlumbaan pembukaan di Qatar, Mac lalu. Adakah kerana dia kini bekerja dengan ketua kru baharu Silvano Galbusera, yang juga mantan kru Valentino Rossi, sejak di Barcelona, dua minggu lalu?

BACA >>> Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar
BACA >>> Vinales: Jentera Yamaha Kurang 'Power' dan Selalu Masalah

Walaupun gembira dengan fiil dirasai pada ujian Barcelona, Vinales menjelaskan tiada siapa dalam Yamaha mempunyai jawapan mengenai prestasinya semalam ketika rakan pasukan, Fabio Quartararo mampu beraksi cemerlang dengan meraih tempat ketiga. 

Aku sendiri tak boleh jawab, tak ada siapa (dalam Yamaha) ada jawapan, so aku pun tak boleh jawab.”

Menurutnya lagi, dia langsung tidak boleh melepasi duo pelumba Avintia Ducati di depannya, Luca Marini dan Enea Bastianini yang dianggapnya sebagai mustahil untuk dilakukan dengan jentera YZR-M1.

Walaupun prestasi tidak memberangsangkan, Vinales tidak akan mengubah cara dia berlumba untuk perlumbaan minggu depan di Assen sambil mengakui tugas utamanya kini adalah sekadar mengumpul data.

BACA >>> Rossi: Prestasi Lebih Baik, Tapi Masih Tak Cukup Nak Lawan
BACA >>> Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"

SUMBER: Motorsport.com

Related

657
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jerman GP, Maverick Viñales, MotoGP, Sachsenring, Silvano Galbusera, Valentino Rossi, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev