• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...

#PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...

October 19, 2016 By Abang GYL 5 Comments

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton saga 2016

DIAM tak diam, sudah 31 tahun Proton Saga bertapak di Malaysia. Dikenali sebagai kereta nasional pertama Malaysia pada 1985, Proton Saga kini sudah memasuki generasi ketiga.

Proton Saga 2016 kini mewarisi kesinambungan legasi sejak 31 tahun lalu. Memasuki generasi ketiga, Proton Saga 2016 dibina berasaskan platform Saga BLM dengan diberikan suntikan rekabentuk serba baharu dan teknologi terkini.

pandu uji proton saga 2016

Lihat saja Proton Saga yang sudah berusia 31 tahun, masih tampak tegap dan mampu beraksi gah di jalan raya. Kini giliran Proton Saga 2016 pula meneruskan warisi kereta nasional pertama Malaysia.

Jadi, apa yang menarik tentang Proton Saga 2016? Mampukah menambat hati pembeli negara ini? Kenapa anda harus beli Proton Saga 2016? Nah, ini jawapan kami selepas pandu uji Proton Saga 2016 ke Ipoh, Perak, baru-baru ini.pandu uji proton saga 2016

1. HARGA MAMPU MILIK

Sebagai kereta rakyat, Proton cuba memastikan harga jualan Saga adalah mampu milik. Ia dijual pada harga bermula RM37,800 hingga RM46,800. Bagi kami, harga Proton Saga 2016 agak murah dan berbaloi dengan apa yang diberikan. Jika dibandingkan dengan model pesaingnya, harga Proton Saga 2016 jauh lebih murah.

pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

2. REKABENTUK AWESOME

Proton Saga 2016 menampilkan desain serba baharu dengan perubahan total pada rupa depan dan belakang. Profil depan lebih menonjol dengan kehadiran logo baharu bersaiz besar dan diapit gril ‘Proton Wing’ yang direka berganda. Rekaan lampu depan juga diperkemas.

Lampu belakang turut direka semula seratus peratus dengan gaya kombi, sekali gus menyerlahkan visual badan kereta yang lebih lebar dan panjang. Bawah bampar pula menutup terus kelibat paip ekzos.

Dari sisi, penampilan paling ketara ialah garis badan yang kelihatan lebih berotot sepanjang hendal dan dasar pintu. Kesannya, efek siluet memberikan tona bebayang pada warna kereta apabila dibias cahaya. Desain baharu ini tampak lebih elegan, moden dan kontemporari serta sporty.

Cuma tiada pembuka but belakang dari luar dan masih memerlukan kunci untuk dibuka.

pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

3. DALAMAN ERGONOMIK

Fiil dalam kabin mungkin dirasakan sama kerana Proton Saga 2016 dibina berasaskan platform BLM (Saga FLX). Namun apabila ditelitikan, kita akan dapat mengesan perubahan total desain Proton Saga 2016. Paling ketara ialah komposisi panel dan instrumen atas papan pemuka.

Desain papan pemuka Saga 2016 tampak lebih fokus dan ‘straightforward’ dengan menumpukan kepada eksploitasi elemen bersegi atau petak dalam rekabentuk. Paling penting, segalanya diadun lebih harmoni dan kemas.

Stereng baharu dengan logo vinil memberikan fiil mewah. Walaupun diambil daripada model Preve, penampilan stereng Saga 2016 nampak ‘kena’ dengan desain baru papan pemuka.

pandu uji proton saga 2016

4. ENJIN SENYAP & LANCAR

Pertama sekali, saya bagi tabik kepada jurutera Proton. Hasil usaha keras jurutera Proton mengurangkan jumlah cagakan (mounting) 4-poin kepada 3-poin, kadar kesenyapan dalam kabin atau NVH dipertingkatkan pada tahap terbaik.

Jika dibandingkan dengan Proton Persona 2016, secara peribadi saya rasakan tahap NVH Saga adalah lebih baik. Apatah lagi jika kita bandingkan dengan Saga generasi kedua, bagaikan langit dan bumi perbezaannya.

pandu uji proton saga 2016

Biarpun memandu pada kelajuan sekitar 180kmj di lebuh raya, kadar kesenyapan masih rendah. Begitu juga dengan bunyi angin, tidaklah terlalu kuat.

Deruman enjin masih meresap dalam kabin (ini bukan kereta elektrik ok), tetapi kebisingan berada pada tahap minimum dan tidak menyebabkan anda rasa sakit hati, tambahan lagi ketika mendesak pedal minyak secara drastik untuk mendapatkan hantaran kuasa pantas.

pandu uji proton saga 2016

5. PENGENDALIAN TERBAIK

Secara peribadi, saya akui bahawa Proton Saga 2016 menawarkan kehebatan pengendalian terbaik dalam kelasnya. Ketika memandu uji Proton Saga 2016 ke Ipoh baru-baru ini, kami merentasi pelbagai laluan termasuklah kawasan kampung.

Tahap pengendalian kereta ini menyamai model-model kereta lain dalam kelas atasan. Ingat, Proton Saga 2016 ialah kereta segmen-A kategori marhaen yang rasanya tidak perlu kami sebutkan lagi pesaingnya.

Proton Saga 2016 sentiasa tepat dan tajam di selekoh. Membelok dalam kelajuan tinggi tidak mudah membuatkan anda gemuruh dan lemah jantung. Segalanya dalam kawalan dan meyakinkan.

Untuk memotong kenderaan menjadi lebih mudah jika mahu dibandingkan dengan Saga generasi sebelumnya. Jika anda pemilik Saga lama, anda tentu pernah mengalami situasi enjin mengaum dan lambat pikap ketika melajukan kenderaan selepas bergerak perlahan melepasi bonggol jalan. Ya, tiada lagi situasi sama. Enjin Proton Saga 2016 tidak lagi menjerit tidak tentu hala seperti harimau buas yang digari dalam kandang zoo.

pandu uji proton saga 2016

6. SISTEM INFOTAIMENT TERBAIK

Entah kenapa saya merasakan sistem audio pada Proton Saga 2016 cukup menyeronokkan. Kualiti bunyi yang terhasil daripada pemain audio Clarion sangat menarik terutamanya apabila anda menyambungkan ke Ipod mahupun telefon pintar. Tak percaya? Anda patut cuba.

pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

7. RUANG BELAKANG LUAS

Tanpa mengubah posisi kerusi depan, saya dapat merasakan ruang kelegaan kaki di kedua-dua tempat duduk belakang cukup luas. Hasil rekaan semula kerusi depan yang ‘dikorek’ belakangnya, ia memberikan lebih ruang kaki kira-kira 1-2 inci. Ketinggian bumbung mungkin menjadi masalah buat si galah yang duduk di belakang.

BACA>>> Proton Saga 2016 VS Saga FLX: 15 Perincian Interior Yang Perlu Anda Tahu

8. PEMANDUAN LEBIH JIMAT

Bagi pemanduan dengan kelajuan 90kmj, Proton Saga 2016 mencatatkan penggunaan bahan api seperti berikut:

  • Saga MT – 5.4L/100km
  • Saga CVT – 5.6L/100km
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

9. CIRI KESELAMATAN OPTIMUM

Selain rekabentuk menawan, Proton Saga 2016 juga menitik beratkan aspek keselamatan. Semua varian mendapat rating 4-bintang Asean NCAP.

Saga Standard:

  • 2 beg udara
  • ISOFIX dan tambatan atas (top tether)
  • Sensor keliling
  • Struktur frem diperkukuh

Saga Executive dan Premium ditambah:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)

Saga Premium ditambah lagi:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Traksi (TC)
  • Bantuan Daki Cerun (HHA)
  • Kamera undur
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

10. KESIMPULAN

Jika dibandingkan dengan Saga generasi kedua, Proton Saga 2016 tampak jauh lebih hebat dan menarik. Dalam erti lain, Saga yang dulu bukan lagi Saga yang sekarang.

Sekali lagi saya ingin tekankan, saya berharap perkhidmatan selepas jualan (after sales) Proton dapat terus dipertingkatkan. Harus ingat, hidup atau mati Proton bergantung kepada after sales.

Tidak guna kereta bagus tetapi after sales kekal seperti cara lama. Ia haruslah seiring dan saya yakin Proton sedang melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Apapun, Saga 2016 adalah sedan rakyat Malaysia yang bukan dibuat main-main!

GALERI

pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016

PROTON SAGA PREMIUM

pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
pandu uji proton saga 2016
proton saga premium
pandu uji proton saga 2016

Related

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: pandu uji Proton Saga 2016, Proton Saga, Proton Saga 2016, proton saga 2016 test drive, proton saga premium, saga berterusan

Comments

  1. kabas sailormoon says

    October 22, 2016 at 4:38 PM

    Nnti tnye waranty bgi beering dn absorber..berape lame beering jnma proton blh bthan?

    Reply
  2. Syaharuddin says

    January 6, 2017 at 11:57 AM

    Warna Metal Grey memang cun!.

    Reply
  3. Muhamad Amirul says

    February 23, 2017 at 2:25 PM

    Salam..
    Saya nak tanya sikit..saya pakai Saga (Auto) 2017..Masalah yang saya hadapi bila saya drive meter tak lebih 100..
    tiba-tiba rasa macam kosong..meter turun..lepas dan tekan pedal minyak pon tak ada respon..apa penyelesaian nya tuan..??

    Reply
  4. ishak bin md zin says

    October 4, 2019 at 12:37 AM

    assallamualaikum,sy baru shaja pakai saga new 2016 dalam 4 bulan beli awal tahun 2019, sebelum ini sy banyak terbaca tentang komen-komen pelangan terdahulu tentang masalah saga ni,tetapi sy abaikn shj dgn berfikir pihak proton sudah tentu menbuat take action improve tentang permasalahan yg sering di rungut ini,ianya kecil remeh tetapi bila anda sudh menjadi penguna iatu pemilik saga baru anda dapat rasaie ia nya seperti merasa meyesal menabaikan tentang komen-komen pemguna saga sebelum ini,masalah ia ia lah treng teng teng,iaitu setelah pakai 2 bulan macam bela TIKUS BANYAK TIKUS BERLARI DALAM BODI KERETA, fikirkan sendiri, macam-macam bunyi dari dalam bodi tepi apabila melaluie jalan-ljalan agak lama bukan lebuhraya,apabila bagitahu pihak service proton dia orang xtahu nk jawab apa, cuma ckp mereka test x alami pekara seperti di lapurkan, kita serius bukan nk komden barangan keluaran tempatan,.plz take serius rungutan pelangan proton, sebelum menbuat pilihan utuk pilih proton puas sudah pujuk hati ini agar dapat menberikan kepecayaan dn pluang kedua utuk membina nama kembali tapi sedih, kalau keadan sentiasa x amik keberatan untuk improve hal kecik macam ini.

    Reply
    • Abang GYL says

      October 4, 2019 at 10:02 AM

      Sekadar cadangan, mungkin tuan boleh cuba pusat servis proton lain. Dan pastikan buat aduan terus sampai mereka cari solusi. Jika tak boleh selesai, kami syor tuan email kepada Proton Care sampai mereka selesaikan masalah tuan hadapi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev