• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bruce Wayne Pandu Mercedes Maybach 6 Cabriolet dalam Filem 'The Flash'!

Bruce Wayne Pandu Mercedes Maybach 6 Cabriolet dalam Filem 'The Flash'!

June 22, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILEM terbaharu DC, The Flash sedang menjalani sesi penggambaran dengan banyak foto lokasi bocor di Internet. Antara menarik perhatian ialah watak Bruce Wayne (Batman) yang dilakonkan semula aktor Michael Keaton. 

Berdasarkan gambar dimuat naik laman web Big Screen Leaks, kenderaan dinaiki Wayne itu ialah Vision Mercedes-Maybach 6 Cabriolet, iaitu model konsep yang dikeluarkan empat tahun lalu, tetapi dalam bentuk konvertibel.

BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?
BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series Catat Masa AWD Terpantas di Nürburgring

Antara gambar bocor yang dirakamkan di lokasi penggambaran.

Tampil dalam rekabentuk panjang dan elegan, kereta itu jelas sesuai dengan imej bilionair seperti Wayne. Model tersebut juga cukup berkuasa untuk menjadi pengganti Batmobile sebagai jentera khas Batman kerana Mercedes pernah mendakwa kereta konsep itu dilengkapkan empat motor elektrik berkuasa 750hp.

Bagaimanapun, kereta versi filem mungkin tidak menggunakan trenkuasa sama, dan hanya tampil sebagai simbol status. 

Kereta dalam filem berkenaan dilihat tidak banyak berubah daripada rupa asal. Antara perbezaan dapat dikesan ialah bumbung jenis keras (hard-top) mengikut warna badan berbanding bumbung putih (atas kiri) untuk versi asal, manakala warna badan biru gelap supaya sesuai dengan imej Batman.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best
BACA >>> Depan Rumah Pun Tak Selamat, Mercedes-Benz Kena 'Bogel' Pencuri Profesional

Mercedes Maybach 6 Cabriolet Versi Filem
Mercedes Maybach 6 Cabriolet Versi Sebenar

SUMBER: Autoblog.com

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Batman, Bruce Wayne, DC, Mercedes, Mercedes-benz, Michael Keaton, The Flash, Vision Mercedes-Maybach 6 Cabriolet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev