KEJADIAN pedal minyak tersangkut memang jarang berlaku, tetapi jika berlaku, itu akan jadi inisiden paling menakutkan bagi seseorang pemandu.
Pendikit atau pedal minyak yang tersekat boleh menyebabkan sesebuah kereta itu tersekat pada had halaju tertentu atau mungkin menjadi semakin hingga berakhir dengan kemalangan.
BACA >>> Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?
Punca Pedal Minyak Tersekat?
Ada beberapa sebab pesal minyak tersekat. Ia mungkin disebabkan kecuaian manusia seperti penggunaan karpet kaki terlalu besar atau beralih dari posisi asal hingga membuatkan pedal minyak tersekat.
Masalah terotel minyak rosak juga antara punca pedal jadi tidak responsif ketika memandu yang ada kaitan dengan masalah mekanikal.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
Apa Perlu Buat?
Antara langkah yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi berkenaan adalah:
- Jangan panik. Bawa bertenang. Ini mungkin sukar kerana anda pasti sedang cemas, tetapi anda jangan terlalu panik hingga gagal berfikir apa perlu dilakukan.
- Nyalakan lampu kecemasan (hazard lights) untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya lain. Tekan hon, tetapi janganlah sampai membuatkan pemandu lain marah.
- Pijak rapat pedal brek guna dua kaki. Jangan membrek secara tekan-lepas seperti mengepam kerana brek boleh rosak dan memburukkan lagi keadaan.
- Ketika membrek, cuba tukar gear D (drive) kepada N (neutral). Jika memandu kereta manual, guna sebelah kaki untuk pijak pedal klac dan bebaskan gear.
- Jika gear sudah Neutral, biarkan kereta melahu ke depan dan cari tempat selamat untuk berhenti. Lihat kawasan bahu jalan, laluan kecemasan, ruang kosong atau lot parkir kosong di Hentian Rehat dan Rawat (RnR).
- Jangan tukar lorong atau membelok mengejut ketika sedang meluncur laju. Ini boleh menyebabkan terbabas dan berpusing akibat hilang kawalan.
- Selepas berhenti sepenuhnya, matikan enjin dan periksa pedal minyak jika karpet kaki atau ada objek lain tersekat. Jika bukan masalah tersebut, jangan memandu pulang kenderaan sama kerana mungkin ada masalah teknikal.
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle
SUMBER: MotorBiscuit
Leave a Reply