• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Porsche Boleh Gubah Lagu Ikut Gaya Memandu

Kereta Porsche Boleh Gubah Lagu Ikut Gaya Memandu

June 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN masa kini hadir dengan pelbagai teknologi moden yang memberikan ruang kepada pemandu untuk memilih sesuatu tetapan mengikut cita rasa peribadi, seperti mod pemanduan, lampu ambien dan tetapan suspensi. 

Terbaharu, Porsche cuba membawa konsep baharu dengan membangunkan sistem bunyi Soundtrack My Life Project yang mana kereta itu sendiri akan menggubah lagu khas mengikut gaya pemanduan pemandu.

BACA >>> Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!

Ya, kereta Porsche nanti mampu menggubah lagu sendiri dan bukan hanya memainkan lagu sedia ada menggunakan perkhidmatan penstriman. 

Porsche mempunyai simpanan muzik original yang akan digabungkan dan disusun algoritma untuk disesuaikan dengan mod pemanduan. Anda boleh memilih genre sama ada elektronik, piano dan lain-lain. Apabila berhenti, muzik akan dimainkan perlahan dan tenang, sebaliknya bertukar rancak ketika memandu agresif.

Projek baharu Porsche itu masih lagi dalam bentuk prototaip dan hanya boleh menggunakan muzik original pengeluar itu. Ini bermakna pengguna tidak boleh menggunakan sampel muzik dari sumber lain walaupun ciptaan sendiri.

Sistem itu dijangka menemui pengguna pada awal tahun depan.

BACA >>> Kereta Elektrik Hilang Kuasa Mengejut, NHTSA Siasat Porsche Taycan
BACA >>> Exclusive Manufaktur: Program Khas untuk Pelanggan Porsche Reka Sendiri Kereta Idaman

SUMBER: Autoblog.com

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: infotainment, interior, Music, Muzik, Porsche, Soundtrack My Life Project

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev