• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup

Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup

June 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BIRO Kastam Filipina (BOC) memusnahkan 21 unit kenderaan bernilai 58.55 juta peso (RM5 juta) yang dirampas dalam pelbagai operasi dalam negara antara 2018 hingga 2020.

Operasi melupuskan kenderaan seludup itu dijalankan di dua bandar, iaitu ibu kota Manila dan Cagayan de Oro, utara Mindanao.

BACA >>> 'JPJ Filipina' Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara

Antara kereta dimusnahkan ialah tujuh unit model mewah,  dilupuskan di Pelabuhan Area, Manila yang terdiri daripada McLaren 620R baharu (foto atas) dan kenderaan terpakai seperti Hyundai Genesis, Porsche 911 C2S, Bentley, Lotus, Mercedes-Benz dan Toyota Solara.

Turut dilupuskan ialah 14 unit jip Mitsubishi di Diamond Logistic di Cagayan de Oro, utara Mindanao.

Rampasan semua kenderaan itu dibuat di tiga lokasi, iaitu Pelabuhan Kontena Antarabangsa Manila (MICP), Pelabuhan Manila (POM), Pelabuhan Teluk Subic dalam kawasan bebas cukai Filipina.

BACA >>> Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!

Keputusan melupuskan kenderaan seludup atau lari cukai itu dibuat berdasarkan Arahan Presiden 2017-447 sebagai tanda peringatan tegas dan usaha serius Kerajaan dalam membanteras aktiviti penyeludupan.

Kerja pemusnahan disaksikan Jabatan Kewangan, Suruhanjaya Audit dan wakil penting Kastam. Ini juga tindakan pemusnahan kenderaan kedua selepas kali pertama dibuat pada 9 Februari lalu membabitkan 17 unit kenderaan bermotor.

BACA >>> Netizen Filipina Pertikai Pam Minyak Khas Penunggang Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Penapis Minyak Kereta? Kenapa Perlu Tukar?
BACA >>> #Videotomotif: Dua Pemilik Ini Kongsi Cerita Sebab Apa Pilih Perodua Myvi?
BACA >>> Singapura Mahu Haram Motosikal Lama Bermula 1 Julai 2028

Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -9
kastam filipina musnah
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -7
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -6
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -4
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -10
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -1
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -2
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -3
Kastam Filipina Lupus Kereta Seludup -8

SUMBER: Carmudi | Facebook BOC

Related

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, berita global, Biro Kastam Filipina, Hyundai Genesis, Kastam Filipina, kereta lari cukai, McLaren 620R, Porsche 911 C2S, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev