• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas MotoGP, Rossi Intai Peluang Sertai Lumba Kereta Enduran?

Selepas MotoGP, Rossi Intai Peluang Sertai Lumba Kereta Enduran?

June 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

344
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASA depan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi menjadi polemik dalam kalangan pemerhati dunia permotoran musim ini berikutan prestasi suram ditunjukkan dengan tercetus khabar angin mengatakan Petronas SRT sudah tidak mahu lagi menyambung kontrak pelumba itu.

Bagaimanapun, Rossi masih menunggu hingga musim panas akan datang untuk menilai prestasinya sebelum memutuskan masa depannya dalam MotoGP.

Petronas SRT dikatakan menetapkan kriteria prestasi tertentu yang perlu dicapai Rossi dalam kontraknya. Namun, Rossi kini sedang mengharungi musim terburuk dalam karier lumbanya apabila hanya meraih 15 mata daripada tujuh perlumbaan pertama, sekali gus menipiskan harapannya untuk menyambung kontrak bersama pasukan dari Malaysia itu.

BACA >>> Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?

rossi gt3
24-hours-of-le-mans-logo
fia wec logo

Pada masa sama, Rossi juga tidak pernah menyembunyikan hasrat untuk menceburi dunia lumba kereta selepas bersara MotoGP. Malah beliau sebelum ini pernah menyuarakan minat menyertai Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) FIA, yang popular dengan nama 24 Hours of Le Mans.

Aksi Rossi dalam Siri Enduran Blancpain pada 2012

Minat Rossi itu turut disokong kejayaan menyertai perlumbaan enduran bersama jentera Ferrari GT3 beberapa tahun lalu. The Doctor berkata, beliau berkemungkinan besar menyertai kelas jentera itu selepas bersara MotoGP, tetapi masih belum mengetahui siri perlumbaan mana yang jadi pilihan. 

Rossi juga pernah menyertai perlumbaan rali tetapi dia lebih gemar berlumba trek.

KEJAYAAN ROSSI DALAM LUMBA KERETA

Antara kejuaraan lumba kereta pernah disertai Rossi bersama Ferrari GT3 ialah Siri Enduran Blancpain 2012 untuk pasukan Kessel Racing di litar Monza dan Nurburgring.

Pelumba legenda itu turut memenangi kelas Pro-Am pada 2019, dan mendapat tempat ketiga keseluruhan pada Gulf 12 Hours di Abu Dhabi untuk pasukan sama, termasuk  ketiga dalam Bahrain 12 Hours, awal tahun ini.

Selain kejuaraan lumba GT, Rossi pernah menyertai dua pusingan Kejuaraan Rali Dunia (WRC), tetapi gagal menamatkan perlumbaan di Rally GB 2002. Dia pernah meraih tempat ke-11 dalam Rally New Zealand 2006. Lebih menarik, Rossi ialah juara tujuh kali Rally Monza. 

Adaskah Rossi akan berlumba kereta pula tahun depan?

BACA >>> Silap Pilih Tayar, Rossi Anggap Aksi GP Catalunya Sangat Negatif
BACA >>> Rossi Tentukan Masa Depan Musim Panas Ini

SUMBER: Autosport.com

Related

344
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 24 Hours of Le Mans, Auto Terkini, Blancpain Endurance Series, enduran, Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021, Kessel Racing, rali, The Doctor, Valentino Rossi, World Rally Championship, Yamaha, Yamaha Petronas SRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev