• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Delhi Kuat Kuasa Had Laju Baharu, Lebih 48k Pemandu Kena Saman dalam Seminggu

Delhi Kuat Kuasa Had Laju Baharu, Lebih 48k Pemandu Kena Saman dalam Seminggu

June 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Trafik bandar raya Delhi di India baru-baru ini melancarkan operasi membanteras pemandu dan penunggang motosikal yang memandu melebihi halaju baharu yang dikuatkuasakan bermula 8 Jun lalu.

Hasilnya, 48,412 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju antara 7-13 Jun lalu. Bagaimanapun, jumlah nilai saman tidak didedahkan pihak berkuasa India.

BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar

Undang-undang halaju baharu berkuat kuasa minggu lalu untuk semua jenis kenderaan di bandar raya Delhi yang menetapkan halaju maksimum:

  • 60-70kmj - Di laluan utama seperti lebuh raya kebangsaan, jalan lingkaran dan berhampiran Lapangan Terbang Indira Gandhi (IGI).
  • 30kmj - Di kawasan kejiranan, pasar dan jalan raya perkhidmatan (jalan kecil selari laluan besar untuk ke kawasan tertentu seperti kediaman).
halaju-kenderaan-delhi-5
halaju-kenderaan-delhi-2

Polis Trafik Delhi menggunakan dua kaedah mengesan kesalahan memandu laju iaitu:

  • Guna kamera pengesan perlanggaran halaju (OSVD) di beberapa jalan.
    • Kamera akan merakamkan kesalahan dan menghantar maklumat rakaman seperti nombor plat ke pangkalan data sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
  • Guna kamera tripod mudah alih dikendalikan anggota polis trafik yang menyorok di kawasan tertentu.
    • Pesalah akan ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di laluan sama. Apabila ditahan, saman elektronik akan dicetak dan diserahkan secara manual kepada pesalah (sama seperti biasa dilakukan polis Malaysia).

Pesuruhjaya Khas Trafik, Taj Hassan berkata, bayaran saman kini sama untuk kenderaan persendirian dan komersial yang sama segmen. Saman elektronik itu akan dihantar kepada pesalah yang dikesan sistem OSVD.

Terdahulu, pihak berkuasa India menetapkan halaju maksimum motosikal di lebuh raya, 70kmj. Undang-undang halaju baharu itu menyaksikan kelajuan dibataskan kepada 60kmj di semua jalan bandar raya Delhi. Bagaimanapun, ada beberapa jalan dihadkan kelajuan setakat 50kmj sahaja.

Rombakan had kelajuan itu kali pertama dilaksanakan secara besar-besaran di semua jalan persekutuan sejak 2011 walaupun ada angka halaju terpaksa dinilai semula di beberapa jalan tertentu antara 2017 dan 2019.

BACA >>> Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?
BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun Muslim Friendly) Boleh Kena Saman?
BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya?
BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

SUMBER: HindustanTimes

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 48, Auto Terkini, Kesalahan halaju, New Delhi, Saman Halaju, Saman Halaju New Delhi, Taj Hassan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev