• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hanya VW, Volvo Bersedia Pasarkan Kereta Elektrik Sepenuhnya di Eropah

Hanya VW, Volvo Bersedia Pasarkan Kereta Elektrik Sepenuhnya di Eropah

June 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN majoriti pengeluar automotif sudah memulakan langkah ke arah elektrifikasi, kajian menunjukkan hanya pelan Volkswagen dan Volvo bersedia menukarkan sepenuhnya model masing-masing kepada kenderaan elektrik untuk pasaran Eropah.

Ini bermakna, Kesatuan Eropah (EU) perlu menetapkan had emisi CO2 lebih ketat jika badan itu benar-benar serius mahu mencapai sasaran Green Deal di rantau itu.

BACA >>> Pakar: Kereta Elektrik Perlu Pandu Jauh, Dimiliki Lama Sebagai Bukti Kenderaan Hijau
BACA >>> Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan

Berdasarkan ramalan pengeluaran kereta daripada firma penyedia maklumat Amerika-British, IHS Markit dan kajian pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Transport & Environment (T&E), Volkswagen dan Volvo mempunyai strategi agresif dan boleh diyakini untuk bertukar dari kereta bahan api fosil kepada kereta elektrik. 

Menurut T&E, jenama lain seperti Ford menetapkan sasaran tinggi, tetapi kekurangan pelan kukuh untuk mencapainya. 

Ford Mustang Mach-E

Ford misalnya mensasarkan hanya kereta elektirk akan dipasarkan di Eropah menjelang 2030. BMW, Jaguar Land Rover (JLR), Daimler AG dan Toyota pula berada di ranking terburuk berdasarkan angka jualan kenderaan elektrik rendah, selain tiada sasaran pelupusan kereta konvensional, dan tiada strategi industri jelas.

BMW, Daimler dan Toyota juga dikatakan terlalu bergantung kepada model hibrid.

JLR mengumumkan jenama Jaguar akan hanya menjual kereta elektrik pada 2025, tetapi tiada penjelasan lanjut mengenai proses elektrifikasi jenama itu.  BMW dan Daimler pula seakan ragu-ragu hendak menetapkan tarikh tetap pelupusan kereta bahan api fosil. 

BACA >>> Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik
BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

SUMBER: Autoblog.com

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, Daimler, EV, Ford, hibrid, Jaguar, JLR, kereta elektrik, Kesatuan Eropah (EU), Land Rover, Toyota, Volkswagen, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev