KEJAYAAN Syarifuddin Azman memenangi perlumbaan pertama FIM CEV Repsol di Barcelona minggu lalu menaikkan harapan ramai peminat sukan permotoran tempatan.
Ramai menjangka pelumba itu berpeluang cerah mewakili negara dalam saingan MotoGP pada masa depan dan perkara itu turut menarik perhatian Prinsipal Petronas SRT, Datuk Razlan Razali.
BACA >>> Negaraku Berkumandang di Catalunya kerana Damok!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu
Razlan tidak menidakkan peluang Syarifuddin, yang lebih dikenali sebagai Damok, ke Moto3 bersama pasukan Sepang Racing Team (SRT). Malah beliau mendakwa peluang pelumba muda itu sangat cerah.
Ini kerana Damok dilihat sudah matang dari segi tunggangan dan mampu mengawal jentera dengan sangat baik.
Seperti saya kata sebelum ini, apabila mereka mempamerkan keputusan baik sudah pasti peluang menyertai ke SRT amat cerah. Petunjuk prestasi utama (KPI) adalah keutamaan pasukan.”
Razlan turut mengharapkan Damok kekal berdisiplin dan konsisten dalam mempamerkan aksi terbaik hingga penghujung musim.
Big hint daripada Datuk Razlan. 👀
Selepas dua tahun di @CEVMotorcycle, Syarifuddin Azman @ Damok berpeluang mewakili pasukan negara @sepangracing di saingan #Moto3 peringkat #MotoGP! Kena cuba kekal konsisten & fokus untuk terus improve dalam setiap race! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/NniifV92hI
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 16, 2021
Damok minggu lalu mengejutkan ramai pemerhati apabila muncul juara walaupun bermula dari petak ke-10 selepas bijak memintas pelumba lain di pusingan terakhir. Dia akan meneruskan saingan FIM CEV Repsol pusingan seterusnya di litar Algarve, Portugal, 4 Julai nanti.
BACA >>> Jadi Punca Kemalangan, 'Tentera Bawang' Indonesia Serang Pelumba Sepanyol
BACA >>> Previu GP Sachsenring: Mampukah Marquez Kekalkan Rekod Sedekad Tak Terkalah?
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply