• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?

Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?

June 16, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSIDEN kereta melawan arus jarang berlaku, tetapi kerap juga kita dengar atau baca sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Biasanya individu yang melakukan kesalahan itu berada di bawah pengaruh alkohol, mengambil dadah terlarang dan ada juga kes nyanyuk.

Namun, lain pula cerita kali ini apabila tular satu video di media sosial yang merakamkan aksi kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melawan arus di lebuh raya. 

BACA >>> JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus untuk Saman Boleh Kompaun!
BACA >>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'

 

@halimieshahputradia buat takpa.. kita ikut nanti kena saman😅 #tiktokmalaysia #dugaanhidup #fyp #fypシ #mantappakabu👍🤪 #pkp03 #pkpsambunglagi @khairulazhar300♬ bunyi asal - Zulfadli 🇲🇾

Video dimuat naik @halimieshahputra di TikTok itu mendapat dua juta tontonan dan lebih 150,000 tanda like. Video sama juga dimuat naik @shahfahzan di Twitter dengan mendapat hampir 20,000 tontonan. 

Tidak dapat dipastikan lokasi dan masa kejadian berlaku. Ada netizen mendakwa video tersebut sudah lama dalam satu atau dua tahun lalu. Mengenai lokasi kejadian, ada mengatakan video tersebut dirakamkan di Lebuhraya Pantai Barat (WCE), dan ada pula kata di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kiranya; dengar boleh, percaya jangan.

Salam @JPJ_Malaysia boleh ke macam ni https://t.co/WrQ8hZ3QZ9

— Go Get Vaccinated Gais (@pedoqpop) June 15, 2021

Apapun, rata-rata netizen meminta penjelasan JPJ Malaysia mengenai video tular berkenaan sama ada dibenarkan atau tidak. Ada juga bersangka baik mengatakan pemandu mungkin dalam situasi kecemasan. Setakat ini, tiada maklum balas daripada JPJ. 

Diharap JPJ Malaysia dapat segera membuat kenyataan dan menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut. Jika benar ada anggota melawan arus tanpa sebab munasabah, hukuman harusnya dijatuhkan kerana insiden sebegitu jelas mencalar kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap agensi Kerajaan tersebut. 

BACA >>> Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik...
BACA >>> #Tular: Betul Ke Lan Pet Pet Cepuk Rider?

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, JPJ, JPJ Lawan Arus, lawan arus, Lebuh Raya, TikTok, tular, Twitter, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev