PENGELUAR kereta Amerika Syarikat, Jeep bakal menambahkan ciri tahan lasak pada model baharu jenama itu, iaitu menggunakan cermin depan jenis Gorilla Glass, bermula bulan ini.
Sumber tidak dikenali memberitahu Mopar Insiders, cermin depan Gorilla Glass itu adalah ciri tambahan dengan harga AS$95 (RM391), tetapi masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Jeep.
Namun, kaca khas itu hanya ditrawarkan untuk model dan varian tertentu sahaja.
BACA >>> Torsus Praetorian School Bus - Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
APA SPESIAL GORILLA GLASS?
Gorilla Glass adalah kaca nipis, ringan dan berketahanan tinggi terhadap impak yang dibangunkan syarikat Corning. Material kaca tersebut diperkuat secara kimia dan digunakan meluas pada telefon pintar dan gajet elektronik lain.
Cermin Gorilla Glass digunakan Jeep itu dikatakan terdiri daripada lapisan dalaman nipis Gorilla Glass dan lapisan luaran yang 52 peratus lebih tebal.
Ini menjadikan cermin depan itu tiga kali ganda lebih kuat daripada biasa yang pasti membolehkan pemilik Jeep melakukan aktiviti off-road tanpa risau dengan risiko terlanggar objek keras.
Setakat ini, Jeep masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin tersebut. Jika benar, perincian rasmi mungkin didedahkan beberapa minggu akan datang.
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply