• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teksi Udara Hyundai-GM Mula Operasi 2025

Teksi Udara Hyundai-GM Mula Operasi 2025

June 16, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI dan General Motors (GM) mengumumkan sedang bekerjasama membangunkan ‘kereta terbang’ dan perkhidmatan 'teksi udara' itu dijangka mula beroperasi seawal 2025.

Seorang pegawai eksekutif GM berkata, perkhidmatan teksi udara mungkin memerlukan masa hingga 2023 untuk mengatasi halangan teknikal dan regulasi bagi mencapai tahap komersial.

BACA >>> Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS
BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Akan Terbang Khamis Ini!

Kereta terbang elektrik dengan kemampuan melakukan pendaratan dan pelepasan menegak (eVTOL) sudahpun dibangunkan beberapa syarikat dan pengeluar automotif dunia, tetapi berdepan masalah meraih keuntungan.

Jose Munoz

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Amerika Utara, Jose Munoz berkata, Hyundai kini mengorak langkah ke depan dari perancangan asal dalam menyediakan pengangkutan udara.

Teksi udara urban dijangka beroperasi di lapangan terbang utama Amerika Syarikat (AS) menjelang 2028 atau mungkin lebih awal. Munoz juga tidak menolak kemungkinan dilaksanankan sebelum 2025 berdasarkan kebolehpasaran dan pembangunan teknologi kenderaan udara. 

Model konsep teksi udara elektrik, Hyundai S-A1.

Teksi udara dibangunkan Hyundai dikatakan mampu membawa lima hingga enam penumpang dari pusat bandar ke lapangan terbang. Selain penumpang, kenderaan itu juga direka untuk membawa kargo komersial.

Pembangunan teksi udara menunjukkan pelan masa depan Hyundai yang tidak hanya menjual kenderaan udara, tetapi turut menyediakan servis pengangkutan.

BACA >>> Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?
BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

SUMBER: Autoblog.com

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, General Motors, GM, hyundai, Kapal Terbang, Kenderaan Elektrik, Kereta Terbang, Teksi, teksi terbang, teksi udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my