• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jadi Punca Kemalangan, 'Tentera Bawang' Indonesia Serang Pelumba Sepanyol

Jadi Punca Kemalangan, 'Tentera Bawang' Indonesia Serang Pelumba Sepanyol

June 16, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA muda Sepanyol, Dani Munoz menjadi mangsa serangan siber netizen Indonesia selepas berlanggar dengan pelumba negara itu, Mario Suryo Aji dalam perlumbaan FIM CEV Repsol kelas Moto3 di Barcelona, Ahad lalu.

Mario, yang mewakili pasukan Astra Honda Racing Team, terjatuh dalam perlumbaan pertama siri itu apabila dilanggar Munoz yang cuba memotong di selekoh. 

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Negaraku Berkumandang di Catalunya kerana Damok!

Bagaimanapun, kedua-dua pelumba dapat menamatkan perlumbaan dengan Mario meraih tempat keenam, manakala Munoz ketujuh selepas dikenakan penalti kerana menyebabkan kemalangan. 

Malang terus menimpa kedua-dua pelumba ini apabila terjatuh sekali lagi dalam perlumbaan kedua, sekali gus gagal menamatkan perlumbaan. Munoz dilaporkan terjatuh kerana tidak dapat mengelak pelumba lain, dan kebetulan jenteranya berlanggar pula dengan Mario hingga membuatkan pelumba Indonesia itu terkeluar daripada saingan.

NETIZEN INDONESIA MENGAMUK

Apa yang berlaku membangkitkan kemarahan netizen Indonesia yang bertindak menyerang laman Instagram Munoz dengan mengeluarkan kata-kata kesar, termasuk membuat ugutan bunuh. Namun, ada juga netizen Indonesia meminta maaf atas kelakuan tidak elok dilakukan sesetengah mereka.

Buli siber dilakukan netizen Indonesia itu memaksa Mario memuat naik status khas di Instagram Story yang meminta peminatnya menghentikan komen negatif terhadap MunozDia sendiri tidak menyangka perlu merayu kepada peminat kerana kemalangan seumpama itu adalah insiden biasa dalam perlumbaan. 

BACA >>> Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!
BACA >>> Honda C70 Jadi Motor Panas Indonesia

SUMBER: Coconuts.co

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Astra Honda Racing Team, Barcelona, buli siber, catalunya, cyberbully, Dani Munoz, FIM CEV Repsol, Indonesia, Instagram, Mario Suryo Aji, Moto3, netizen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev