• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!

Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!

June 22, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA diperhatikan, pengeluar automotif dunia masa kini sedang mempamerkan arah baharu rekabentuk kenderaan masing-masing. Ada pengeluar cuba menyempurnakan falsafah sedia ada, dan ada yang menampilkan gaya revolusi.

Perubahan ketara itu berisiko menyebabkan kehilangan pelanggan kerana bahasa rekabentuk tersebut boleh jadi terlalu rumit untuk difahami dan dihadam. Jadi jalan selamat adalah meneroka lebih mendalam rekabentuk yang sudah dibiasakan kepada pengguna.

BACA >>> Nissan Note (2021) Serba Baharu Lancar di Jepun, Kini Enjin Hibrid, Harga Mula RM79k
BACA >>> Nissan Note e-POWER Nismo S dengan Teknologi Canggih Paduan Enjin Elektrik, Petrol

Inilah dilakukan Nissan menerusi contoh terbahru yang dapat dilihat pada Note Aura. Rekabentuk model ini nampak moden, segar, dan futuristik serta pada masa sama masih membawa gaya V-Motion yang menjadi falsafah rekabentuk jenama itu sejak sekian lama.

Berikut perincian mengenai Note Aura:

  • Menggunakan teknologi canggih e-POWER yang menggabungkan teknologi pembakaran dalaman dan elektrik.
  • Note Aura sebenarnya versi premium Note yang diperkenalkan pada November 2020 di Jepun.
  • Bezanya, perubahan bahagian depan seperti lampu utama lebih tirus, bampar dan gril baharu yang secara am mirip kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Nissan, Ariya.
  • Bahagian belakang turut berubah dengan lampu panjang yang melintang sepanjang pintu but dan bampar baharu.
  • Perubahan Note Aura menonjolkan imej futuristik dan premium bagi hatchback konvensional.
  • Ruang dalaman menawarkan dua pilihan kerusi Zero Gravity dengan balutan fabrik kesat (tweed) corak Herringbone (bentuk V) dan kombinasi kulit sintetik, manakala satu lagi pilihan, kulit asli berkualiti tinggi.

  • Bahagian bawah panel instrumen dan konsol tengah pula menggunakan kemasan ira kayu. Bahagian pelapik pintu dan perehat lengan dibalut fabrik kesat (tweed).

  • Menyerlahkan lagi karakter mewah ialah sistem audio premium yang dibangunkan bersama Bose. Pilihan sistem bunyi Bose Personal Plus didatangkan dengan pembesar suara yang dipasangkan pada sisi penyandar kepala kerusi depan. Ini memberikan kesan bunyi akustik premium yang sinonim dengan Bose melalui teknologi pemprosesan isyarat canggih.
  • Penebat bunyi ditambah pada bumbung, pintu dan cermin pintu depan untuk tahap kesenyapan yang tinggi dan keselesaan atas jalan.

  • Trenkuasa menggunakan nadi HR12DE dan teknologi e-POWER generasi kedua, yang mana enjin 3-silinder 1.2L membekalkan kuasa kepada sistem elektrik yang menggerakkan Note Aura.
  • Ada dua pilihan pacuan, iaitu:
    • 2WD - menggunakan motor EM47 pada roda depan.
    • AWD - menggunakan  tambahan motor MM48 di belakang.
Harga Note Aura di Jepun
EnjinMotor elektrikTransmisiPacuanGredHarga JPY/RM
HR12DEEM47
Motor depan
Pacuan motor elektrik2WDG2,610,300/RM97,579
G leather edition2,699,400/RM100,910
HR12DEEM47
Motor depan
MM48
Motor belakang
AWDG Four2,868,800/RM107,243
G Four leather edition2,957,900/RM110,573

Walaupun dipasarkan untuk pasaran Jepun, model elektrifikasi seperti Note Aura ini penting untuk perkembangan elektrifikasi global. Teknologi e-POWER boleh digunakan sebagai batu loncatan sebelum pengguna bertukar kepada kereta elektrik penuh (EV) selain menjadi alternatif lebih murah.

Menariknya, Kerajaan khabarnya bakal menawarkan insentif lebih besar untuk menggalakkan industri kereta mesra alam di negara kita.

BACA >>> Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!
BACA >>> #Videotomotif: Tidak Rela Pemandu Ditempeleng, Nissan Perkenal Teknologi Note e-Power

Nissan Note Aura
Nissan Note Aura G Leather Edition.01
Nissan Note Aura G Leather Edition.02
Nissan Note Aura G Leather Edition.03
Nissan Note Aura G Leather Edition.04
Nissan Note Aura.01
Nissan Note Aura.02
Nissan Note Aura.03
Nissan Note Aura.04
Nissan Note Aura.05
Nissan Note Aura.06
Nissan Note Aura.07
Nissan Note Aura.08
Nissan Note Aura.09
Nissan Note Aura.10
Nissan Note Aura.11
Nissan Note Aura.12
Nissan Note Aura.13
Nissan e-POWER - charge image 01
Nissan e-POWER - image 03
Nissan e-POWER - power image 02
Nissan e-POWER infographic.01
Nissan e-POWER infographic.02
Nissan e-POWER infographic.03
Nissan e-POWER infographic.04
Nissan e-POWER infographic.05
Nissan Note
nissan-note-juke-2021-japan-1
nissan-note-juke-2021-japan-17
nissan-note-juke-2021-japan-11
nissan-note-juke-2021-japan-13
nissan-note-juke-2021-japan-12
nissan-note-juke-2021-japan-10

Related

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, kereta hibrid, Nissan, Nissan Japan, Nissan Jepun, Nissan Note, Nissan Note Aura, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev