• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari Mula Teroka Bisnes Jual Pakaian, Bakal Buka Restoran

Ferrari Mula Teroka Bisnes Jual Pakaian, Bakal Buka Restoran

June 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI melancarkan koleksi fesyen baharu dengan menganjurkan majlis peragaan pakaian dalam kilang pengeluarannya di Maranello, Itali.

Langkah itu ialah strategi baharu Ferrari yang membabitkan nilai pelaburan besar (selain pembuatan kereta) dengan mengharapkan dapat meraih 10 peratus keuntungan daripada jumlah pendapatan syarikat dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun akan datang.

BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius

Koleksi pakaian gaya hidup itu mendapat sentuhan pereka popular Rocco Iannone, iaitu pengarah kreatif dan mantan pereka Armani.

Tujuan Ferrari meneroka bisnes pakaian adalah untuk menarik lebih ramai orang muda meminati jenama itu walaupun belum berkemampuan membeli produk kereta keluarannya. Sasaran pelanggan juga adalah kalangan peminat Ferrari yang kurang gemar memandu atau suka berlumba.

Pakaian untuk lelaki dan wanita itu ditawar dalam saiz ukuran sekecil XXXS hingga sebesar XXXL. Harga jualan paling rendah ialah €200 (RM996) hingga €3,000 (RM14,955) untuk sehelai baju kot premium.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Koleksi pakaian terbaharu itu akan dijual secara atas talian atau melalui gedung pakaian rasmi Ferrari di Maranello, Milan dan Rom di Itali. Ferrari juga bakal membuka kedai pakaian di Los Angeles dan Miami di Amerika Syarikat, termasuk China menjelang tahun depan.

Selain menjual pakaian, Ferrari juga merancang meluaskan perniagaan dengan membuka sebuah restoran di bandar Maranello, utara Itali dengan cef bintang Michelin, Cef Massimo Bottura.

BACA >>> Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nyahkarbon Enjin yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Kenapa Perempuan Simpan Gunting dalam Kereta

SUMBER: MotorAuthority | Ferrari

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari Collection, Fesyen Ferrari, Massimo Bottura, Pakaian Ferrari, Rocco Iannone, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev