• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Negaraku Berkumandang di Catalunya kerana Damok!

Negaraku Berkumandang di Catalunya kerana Damok!

June 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA muda negara, Syarifuddin Azman memastikan lagu Negaraku berkumandang di Barcelona, Sepanyol semalam apabila berjaya menjuarai perlumbaan pertama pusingan ketiga Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol.

Pelumba SIC Racing itu muncul juara di litar Catalunya walaupun memulakan perlumbaan di tempat ke-10. Tempat kedua diduduki David Munoz (Avatel-Cardoso Racing), diikuti Jose Antonio Rueda (Team Estrella Galicia), ketiga. 

Damok MENANG di Barcelona! 🇲🇾

Negaraku berkumandang di Catalunya Barcelona selepas Syarifuddin Azman memenangi Race 1 #Moto3 di pusingan ke-tiga FIM CEV Repsol di Catalunya Barcelona 🇪🇸

Malaysia Boleh! 🇲🇾 @sepangcircuit @KBSMalaysia @TeamMsia pic.twitter.com/c1f7jG3OLO

— SIC Junior ZK Racing (@ZKracingteam) June 13, 2021

Dikenali sebagai Damok, pelumba 19 tahun itu mendapatkan kemenangan penuh bergaya di selekoh 10 lap terakhir apabila melonjakkan diri dari posisi kelima kepada posisi pertama dan terus kekal hingga perlumbaan berakhir. Dia mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.5km.

BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?
BACA >>> Adam Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Moto3 Lebih Awal, Perlu Segera Jalani Pembedahan

Dalam perlumbaan kedua pula, rezeki tidak memihak Damok selepas gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh. Dia kini berada di ranking keenam keseluruhan dengan 31 mata, ketinggalan 57 mata di belakang pendahulu, Daniel Holgado dari Sepanyol.

Aksi Adam Noroddin (nombor 7) di Catalunya semalam

Sementara itu, Adam Noroddin juga beraksi cemerlang dalam kelas Moto2 apabila menamatkan perlumbaan kedua di posisi keempat selepas terjatuh dalam perlumbaan pertama. 

Dua pelumba negara dalam kelas ETC, Sharul Ezwan dan Hakim Danish yang mewakili Liqui Moly Intact SIC Racing Team pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan 19.

Tahniah diucapkan kepada semua pelumba muda negara. Semoga mereka terus meningkatkan prestasi pada perlumbaan seterusnya di litar Algarve, Portugal, 4 Julai ini.

BACA >>> TMJ Nak Taja Hafizh?
BACA >>> Hafizh Nombor 9 di Itali, Aksi Terbaik Selepas Lima Pusingan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZK Racing (@zkracingteam)

SUMBER: Astro Awani

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: adam noroddin, Barcelona, catalunya, Damok, Hakim Danish, Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol, Sepanyol, Sharul Ezwan, SIC Racing, Syarifuddin Azman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev