• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adam Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Moto3 Lebih Awal, Perlu Segera Jalani Pembedahan

Adam Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Moto3 Lebih Awal, Perlu Segera Jalani Pembedahan

November 11, 2018 By Aryon Leave a Comment

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA negara, Adam Norrodin terpaksa melupakan aksi final Moto3 di Valencia akibat kecederaan yang dideritainya semasa beraksi di Sepang, minggu lalu. Dalam saingan dulu, Adam bermula baik di grid ketiga dengan memegang rekod terpantas litar tersebut, tahun lalu.

Namun, apakan daya, kecederaan bahu yang dialaminya ketika di GP Jepun, Motegi beberapa minggu lalu kembali menghantui hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC). Kemudian selepas 6 minggu, dia akan menjalani pula pembedahan kedua yang kali ini untuk memulihkan kecederaan pada lutut kiri yang menimpanya pada Julai lalu.

“Ia keputusan yang sangat sukar untuk tidak berlumba di Valencia, tetapi akhir sekali aku kena fikir tentang masa depan dan kesan jangka panjang kerana tangguhkan pembedahan. Aku sangat sedih menamatkan karier Moto3 dengan cara ini. Aku betul-betuk enjoy masa bersama dengan pasukan dan mahu tengok mereka buat kali terakhir dan habiskan di kedudukan tertinggi.

"Selepas perlumbaan di Malaysia, aku rasa sangat bermotivasi ke Valencia, tetapi akhirnya aku perlu fikir pasal masa depan untuk pastikan aku secara fizikal bersedia untuk itu.

"Sekarang fokus aku ialah tahun depan dan bersaing dalam Moto2, dalam Kejuaraan Sepanyol, jadi aku mahu cergas 100 peratus dan sedia untuk mulakan bab baharu 2019.

"Aku ucapkan maju jaya kepada pasukan untuk perlumbaan Valencia, aku akan tonton dan sokong mereka dari rumah. Aku mahu cakap terima kasih kepada mereka semua atas sokongan selama beberapa tahun dan aku harap dapat tengok mereka lagi nanti," kata Adam.

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adam Norrodin, auto terkini, KLSMC, Moto3, MotoGP, Petronas Sprinta Racing, Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), SIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my