TULAR foto Proton X70 Special Edition (SE) di media sosial hari ini yang salah satunya dikongsikan laman Facebook, The Ajerul.
Foto tersebut mendedahkan rupa belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu dalam warna biru, yang juga warna baharu model itu dengan bumbung hitam.
BACA >>> Works Engineering Mahu Bikin Produk Aftermarket Proton X50
X70 SE dipercayai menggunakan rim sama seperti Geely Azkarra yang dijual di beberapa pasaran luar. Kelihatan kemasan plastik hitam dipasangkan pada sisi kenderaan, iaitu bahagian bawah pintu dan disertakan bersama panel krom.
Ada desas-desus mengatakan X70 SE itu akan ditawarkan dalam unit terhad, iaitu 2,000 unit sahaja dan mungkin dilancarkan selewat-lewatnya bulan depan. Bagaimanapun, senario itu masih bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 dan perintah berkurung yang masih berkuat kuasa.
BACA >>> Proton X70 Bakal Guna Enjin X50 Flagship, Lancar Ogos Ini?
Selain warna baharu Ocean Blue (biru), X70 SE dikhabarkan akan ditawarkan dalam warna Ruby Red (merah) dan rim sport 19 inci. Tambahan lain ialah lencana SE pada belakang kenderaan.
Ruang dalaman mungkin menggunakan material kulit Nappa hitam, karpet kaki dengan lencana SE dan penapis udara pintar Proton.
EDISI TERHAD LANCAR DI BRUNEI
Dalam perkembangan lain, pengedar rasmi Proton di Brunei, Pad Motors Proton Brunei sebenarnya sudah pun membuka tempahan untuk Proton X70 EE (Exclusive Edition) dalam kemasan dwi-tona biru-hitam. Lebih unik, hanya 37 unit ditawarkan kepada pembeli di negara jiran itu.
Mungkin inilah model sama yang akan menjengah pasaran tempatan kelak. Apa kata anda?
BACA >>> Geely Xingyue L Lancar, Harga Mula RM69k, Mungkinkah SUV 7-Kerusi Pertama Proton?
BACA >>> Foto Kabin Proton Iriz Active Bocor, Nampak Lebih Sporty
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3
SUMBER: Funtasticko|Funtasticko
Xx7 says
Sparepart pun special edition, limited.
Alson P says
Itu kelemahan Dr. Li chunrong.. taknak guna vendor tempatan.. semua guna vendor dari xhina