• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Works Engineering Mahu Bikin Produk Aftermarket Proton X50

Works Engineering Mahu Bikin Produk Aftermarket Proton X50

May 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat pemilik Proton X50! Syarikat pengeluar komponen prestasi Works Engineering yang beroperasi di Masai, Johor mengumumkan misi menghasilkan produk berupa komponen dan aksesori aftermarket untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu.

Menurut Works Engineering, pilihan komponen aftermarket akan meningkatkan pengalaman pemanduan X50 yang lebih baik buat pemilik model berkenaan.

Jika anda masih ingat, Works Engineering pernah terlibat dalam beberapa projek istimewa membabitkan pelbagai model Proton seperti Satria Neo, Preve dan Suprima S, termasuk menawarkan pelbagai aksesori prestasi.

Antara produk ditawarkan ialah penapis minyak, pad brek, penapis udara, puli engkol (crank pulley), kit ambilan udara Aero Form dan Carbon Charger yang mampu meningkatkan kuasa enjin dan memastikan trenkuasa beroperasi lebih efisien.

Menurut Works Engineering;

Kami sangat teruja tahun ini, bersama Fariqe sebagai duta kami yang berkongsi matlamat sama, iaitu membawa pasukan ke tahap lebih tinggi dan menawarkan produk berkualiti tinggi luar biasa serta pengalaman pemanduan lebih baik kepada pengguna."

Fariqe Hairuman ialah pemandu Proton R3 Touring Car yang muncul juara dua kali dalam perlumbaan enduran Kejuaraan Sepang 1,000km.

SUMBER: WorksEngineering

Related

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Fariqe Hairuman, Proton R3 Touring Car, Proton X50, Works Engineering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev