• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6

Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6

June 10, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

824
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA meneruskan legasi Land Cruiser dengan memperkenalkan model baharu, Land Cruiser 300 Series (2022) yang dilengkapkan enjin dan platform baharu serta teknologi dikemas kini.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis pacuan empat roda (4WD) itu hadir dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • ZX - varian asas
  • VX-R - versi khas untuk pasaran Timur Tengah
  • GR Sport - versi lebih sporty, berprestasi.

Setakat ini, harga masih belum didedahkan, termasuk persoalan sama ada ditawarkan di Malaysia atau tidak.  Apapun, mari kita lihat ciri menarik Land Cruiser 300 Series (2022):

BACA >>> Tentang Falsafah ‘Toyota Synergised Mobility’ yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Toyota Harrier (2021) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM250k!

  • Ada dua pilihan trenkuasa, dan kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan.
    • Petrol 3.5L V6 Turbo berkuasa 415hp dan tork 650Nm
    • Diesel 3.3L V6 Twin-Turbo berkuasa 309hp dan tork 700Nm
  • Rupa luaran masih menggunakan rekabentuk maskulin dengan bonet depan dan gril krom besar berserta lampu LED. Bahagian tepi dilengkapi pemijak sisi, manakala belakang diberikan fungsi but elektrik. 

  • Menggunakan platform baharu Toyota GA-F daripada siri TNGA-F dengan mengekalkan struktur frem ladder untuk lebih ketahanan. Penggunaan frem dan platform baharu ini mengurangkan berat sebanyak 200kg.

  • Sistem suspensi dinaik taraf kepada Sistem Suspensi Dinamik Kinetik Toyota dengan bantuan elektronik bagi meningkatkan prestasi cengkaman tayar. Absorber belakang ditala lebih tegak untuk menambahkan keselesaan.
  • Hadir dengan Monitor Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Monitor) untuk pandangan depan lebih jelas, manakala sistem Pilihan Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Select) menawarkan fungsi mod pemanduan dan talaan secara automatik.
  • Ruang kabin direka mewah dengan konfigurasi 7-kerusi dengan kemasan kulit. Unit infotainment dilengkapi skrin LCD besar di konsol tengah dengan butang dan suis mod pemanduan di bawah. Kluster instrumen mengekalkan rekaan tradisional dengan paparan multi-info di tengah antara dua meter bulat. 

  • Sistem keselamatan dilengkapi Toyota Safety Sense yang ditambah baik dengan ciri keselamatan seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> Toyota Land Cruiser Prado (2021) dengan Turbo Lebih Kuasa, Gaya Dipertingkat
BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu

SUMBER: Autoblog.com

Related

824
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4WD, diesel, petrol, Platform TNGA, SUV, Toyota, Toyota Land Cruiser 300 Series (2022), Toyota Safety Sense, Toyota Safety Sense (TSS), turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev