WALAUPUN berdepan masalah pandemik dan kekurangan cip semikonduktor, Perodua masih di landasan betul untuk mencapai sasaran jualan 240,000 unit kenderaan tahun ini. Setakat ini, pengeluar nasional itu sudah menjual 96,281 unit kenderaan sepanjang lima bulan pertama.
Perodua mengeluarkan 18,283 unit kenderaan pada Mei, sekali gus meningkatkan pengeluaran tahun ini kepada 98,944 unit.
BACA >>> Perodua Jual 20,399 Unit Kenderaan Sepanjang April Lalu, 9,000 Ativa Sudah Dihantar
BACA >>> #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, peningkatan 82 peratus jualan setakat tahun ini berbanding 52,920 unit tahun lalu dalam tempoh sama bukan perbandingan tepat kerana Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) pertama dulu bermula Mac hingga Mei tahun lalu.
Perbandingan tepat adalah melihat jualan 2019 apabila Perodua menjual 105,745 unit dalam lima bulan pertama, iaitu lebih 8.9 peratus berbanding tahun ini.
Zainal Abidin berkata lagi, impak pandemik dan kekurangan cip semikonduktor dapat dilihat pada pengurangan jualan 12 peratus pada Mei lalu, iaitu 17,973 unit berbanding April (20,399 unit). Bagaimanapun, pengeluar itu yakin sasaran 240,000 unit dapat dicapai berdasarkan permintaan tinggi terhadap semua model.
Mengenai operasi pusat servis dalam tempoh PKP 3.0 ini, Zainal Abidin menasihatkan pelanggan supaya menghubungi pusat servis terdekat untuk maklumat lanjut. Beliau juga berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran menunggu penghantaran kereta baharu.
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
BACA >>> Perodua Aruz (2021) Dikemas Kini! Ada Warna Baharu, Pemijak Sisi, Harga Sama!
Leave a Reply