• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Solar Masih Bukan Tenaga Alternatif Praktikal untuk Kereta?

#TahukahAnda: Kenapa Solar Masih Bukan Tenaga Alternatif Praktikal untuk Kereta?

July 12, 2022 By Admin PanduLaju Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MATAHARI ialah sumber tenaga tanpa batas yang mampu membekalkan bumi dengan tenaga bernilai setahun penggunaan dalam masa sejam sahaja. Asasnya, matahari ialah sumber tenaga hijau alternatif yang baik untuk menggerakkan kenderaan.

Namun, kebanyakan pengeluar membelanjakan berbilion dolar dalam projek kenderaan elektrifikasi dan hidrogen, tetapi tidak berminat mengeluarkan kereta solar. Jika ada pun, rata-ratanya sebagai ciri tambahan dan bukan sumber tenaga utama. Apakah sebabnya?

BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024
BACA >>> Fiat Hanya Akan Buat Kereta Elektrik Bermula 2030

Ini kerana tenaga yang mampu diserap panel solar bersaiz kereta adalah sangat terhad.

Tesla Model 3

Secara teori, panel solar bersaiz sedan Tesla Model 3 mampu menerima 12kW yang bersamaan 16hp secara terus dari matahari. Kuasa itu cukup untuk menggerakkan kereta tersebut pada kelajuan 100kmj tanpa perlu dicas.

SITUASI DUNIA SEBENAR

Namun, dunia sebenar tidak semudah itu. Apabila cahaya matahari dipantul dan diserap atmosfera, hanya lebih kurang 55 peratus tenaga diterima bumi. Lagi, situasi tersebut hanya berlaku siang hari, dan tenaga puncak hanya ada ketika waktu tengah hari. Ini kerana matahari berada pada sudut lebih rendah pada pagi dan petang yang mengehadkan penerimaan tenaga. 

KEKANGAN TEKNOLOGI

Honda Dream II, pemenang World Solar Challenge 1996.

Pada masa sama, ada juga kekangan teknologi. Walaupun manusia mencipta panel solar yang mampu mencerap tenaga semaksimum mungkin, itu hanya mampu menukar 33.7 peratus tenaga solar kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan.

Ditambah kehilangan tenaga dalam proses pengecasan dan motor, tenaga yang sampai hanya cukup untuk menggerakkan kereta pada kelajuan 19kmj, tidak termasuk tenaga diperlukan untuk memecut yang memerlukan lebih banyak cas elektrik berbanding kelajuan malar.

Membiarkan kereta tidak bergerak pula dapat membantu menyimpan tenaga, tetapi proses itu sangat lambat. Dalam cuaca mendung, masa diperlukan mengecas bateri 75kWh untuk Tesla Model 3 ialah 200 jam (8.3 hari). Dalam cuaca baik pula, masa diperlukan masih tidak cukup bagus dan praktikal. 

BACA >>> Aptera Motors Mahu Hasilkan Kereta Solar Mampu Milik, Boleh Pandu Sejauh 1,600km!
BACA >>> Hyundai Ioniq 5 Ini Boleh Cas Guna Tenaga Solar

SUMBER: RoadandTrack.com

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Honda, hyundai, kereta elektrik, Kereta Solar, matahari, solar, tahukah anda, tenaga alternatif, Tenaga Solar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev