• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?

Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?

June 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI membuat kejutan pada Pameran Motosikal Beijing 2021 baru-baru ini apabila mempamerkan motosikal elektrik pertama jenama itu yang dipanggil QJ7000D.

Model konsep ditayangkan subsidiari Qianjiang Motorcycle itu diyakini bakal menjadi produk motosikal elektrik pertama memakai lencana Benelli yang dijadualkan dilancarkan tahun ini dan memasuki pasaran antarabangsa.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Felo FW-06 (2021) - Skuter Elektrik China Gaya Sport Hasil Kerjasama Kymco

Beberapa sumber mendakwa sportbike Benelli itu akan menetapkan penanda aras prestasi baharu dalam pasaran motosikal elektrik dunia walaupun tiada perincian lanjut didedahkan.

Berdasarkan gambar dikongsi beberapa portal Internet, penampilan QJ7000D nampak seperti meminjam gaya rekabentuk sportbike 600cc QJ SRG600 yang ditawarkan untuk pasaran global.

Berikut perincian QJ7000D:

  • QJ7000D menerima garis badan agresif dengan motor elektrik diposisikan di bawah iaitu berhampiran tuil gear dan tongkat sisi.
  • Tangki minyak tidak lagi digunakan untuk mengisia petrol, tetapi berperanan sebagai ruang simpanan yang mampu memuatkan satu helme muka penuh (full-face).

BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) perak di depan dan monoshock jenis boleh laras di belakang.
  • Sistem henti digalas set brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan kaliper 2-piston merah di depan dan perak di belakang.
  • Pelana jenis terpisah antara penunggang dan pembonceng.
  • Sistem pencahayaan jenis LED penuh untuk semua unit lampu. Maklumat tunggangan dipaparkan pada panel meter LCD digital.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> #ApaNakBuat: Berapa Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu

SUMBER: Motosaigon

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Motosikal Elektrik Sport, QJ7000D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev