• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Kaya Hong Kong Beli Satu Lot Parkir Kereta Harga RM5.3 juta!

Orang Kaya Hong Kong Beli Satu Lot Parkir Kereta Harga RM5.3 juta!

June 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG KONG tergolong salah satu kawasan metropolitan yang memiliki kepadatan penduduk antara tertinggi dunia. Rata-rata pemilik kereta bandar raya itu berdepan kesukaran mencari tempat parkir kereta.

Beberapa hari lalu, ada satu lot parkir di kawasan pembangunan kediaman bernilai tinggi di Mount Nicholson dijual pada harga HK$10 juta (RM5.3 juta). Lot parkir itu terletak di satu kawasan kediaman dipanggil The Peak yang menghadap kawasan Victoria Harbor.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?


Menurut laporan portal South China Morning Post, lot itu adalah salah satu daripada 29 lot parkir ditawarkan untuk jualan kepada pemilik kediaman, bulan lalu.

Jualan itu juga rekod baharu di Hong Kong, sekali gus memintas rekod sebelum ini yang setinggi HK$7.6 juta (RM4 juta) pada Oktober 2019 di The Center, iaitu satu blok pejabat setinggi 73 tingkat.

BACA >>> Sewa Parkir Kereta di Rumah Kini Jadi Pendapatan Tambahan Penduduk UK

Pihak pemaju menyatakan pembeli lot itu bukan hendak membuat pelaburan spekulasi harga kerana mereka sebenarnya golongan kaya di Hong Kong. Malah, unit kediaman di The Peak dijual pada harga HK$400 juta-HK$600 juta (RM212 juta-RM318 juta).

Walaupun ramai menganggap harga jualan lot parkir di kawasan itu ‘mengarut’ dengan harga permulaan serendah HK$8.8 juta (RM4.6 juta), tetapi tetap ada yang mampu membelinya. Malah ada yang membeli empat unit serentak dan ada sampai enam lot serentak.

BACA >>> Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?

SUMBER: CarScoops

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berita global, Harga Lot Parkir Hong Kong, Harga Lot Parkir Kereta, Hong Kong, Lot Parkir Hong Kong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev