KIA mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu Sportage (2022) yang mana produk generasi kelima itu menerima tranformasi rekabentuk menyeluruh selari falsafah rekabentuk Opposites United.
Transformasi moden Sportage serba baharu itu membuatkan SUV tersebut nampak seperti model buatan Eropah dan mungkin jauh lebih menarik berbanding pesaing dari Jepun?
BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia
Apa boleh diulas mengenai foto Sportage (2022) Serba Baharu itu?
- Bahagian depan Sportage (2022) ada iras sedan K5 dengan lencana Kia baharu. Gril hitam Digital Tiger Face (dulu dipanggil Tiger Nose) dipanjangkan dan diluaskan.
- Ruang antara gril dan lampu utama diselitkan lampu siang (DRL) bentuk bumerang. Rekaan bampar depan juga baharu.
BACA >>> Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!
- Bahagian sisi Sportage (2022) nampak kemas dan bersih dengan garis badan minimum berbanding model sebelum ini. Ada juga trim plastik ditamah pada bahagian tepi seperti pada pilar-C dan pintu.
- Ditawarkan dalam pilihan bumbung hitam. Rim juga diperbaharui lebih futuristik dengan rekaan yang mungkin tidak digemari ramai.
- Bahagian belakang menerima penambahbaikan yang harus dipuji menerusi set lampu belakang LED horizontal. Set bampar belakang melengkapkan lagi karakter maskulin dan tekno SUV tersebut.
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
- Kabin besar dan selesa dengan rekaan papan pemuka diperbaharui. Logo Kia baharu terpampang jelas pada stereng .
- Ruang kabin mengetengahkan konsep warna dwi-tona menerusi padanan material kulit lembut dan keras sebagai pembalut.
- Kluster instrumen lebih besar dan melengkung menerusi konsep gabungan rekabentuk klsuter instrumen dan unit infotainmen.
- Ventilator penyaman udara direka untuk membantu menyerlahkan papan pemuka. Rekabentuk kini tidak lagi bulat atau segi empat seperti model SUV lain di pasaran. Tombol tetapan suhu penyaman udara dipasang pada konsol tengah.
- Khabarnya, akan ada varian Sportage X-Line yang didatangkan dengan set bampar berbeza, sil sisi dan rak bumbung serta kabin warna hijau atau hitam.
- Sportage (2022) belum dilancarkan secara rasmi, tetapi dijangka sebelum tahun ini berakhir. Belum ada maklumat mengenai trenkuasa atau harga setakat ini.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita
Leave a Reply