HONDA Philippines akhirnya melancarkan model skuter baharu PCX 160 (2021) Serba Baharu dala, dua varian pilihan iaitu CBS dan ABS.
Motosikal bertema The Next Level itu dijual pada harga pengenalan 115,900 peso (RM10,030) untuk varian CBS, dan 133,900 peso (RM11,588), ABS.
Berikut perincian PCX 160 (2021):
BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k
- Ada dua pilihan warna untuk setiap varian, iaitu:
- ABS - Asteroid Black Metallic (hitam) dan Pearl Fadeless White (putih)
- CBS - Matte Dim Gray Metallic (kelabu) dan Pearl Fadeless White (putih)
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 157cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ dan suntikan bahan api PGM-Fi berkuasa 16hp @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm, serta dipadankan transmisi CVT automatik.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu
- Teknologi PGM-Fi dengan sistem henti lahu (ISS) membantu skuter ini mencapai jarak tunggangan sejauh 45.1km bagi setiap liter petrol.
- Struktur badan tidak jauh berbeza dengan generasi terdahulu, tetapi dipertingkat untuk pengalaman tunggangan lebih baik di kawasan bandar.
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?
- Rekaan lampu depan LED diperbaharui lebih kemas. Lampu belakang menampilkan rekaan seakan huruf X.
- Sistem ekzos lebih sporty, manakala peg kaki lebih lebar dan panjang 30mm untuk keselesaan penunggang.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absober kembar di belakang yang ditala untuk tunggangan lebih selesa.
- Sistem brek jenis cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan rim aluminium rekaan baharu 14 inci di depan dan 13 inci belakang.
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu
- Varian ABS memiliki ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ada tambahan ciri kawalan tork HSTC untuk pengendalian lebih lancar ketika membrek atas permukaan licin. Varian CBS menggunakan Sistem Brek Kombi (CBS).
- Kedua-dua varian dipasang profil tayar lebih lebar untuk meningkatkan kestabilan tunggangan, iaitu 110/70 di depan, dan 130/70, rim belakang.
- Memiliki berat 131kg, kapasiti tangki 8 liter, tinggi pelanan 764mm dan jarak lega Bumi 134mm.
- Ciri tambahan lain ialah ruang simpanan bawah pelana 30 liter, lebih luas 7 peratus berbanding generasi terdahulu, lampu kecemasan, panel meyer lebih mudah dibaca, poket simpanan barang 1.7 liter pada panel depan skuter, port USB dan sistem kunci pintar.
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan
BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
SUMBER: HondaPH
Leave a Reply