DALAM hantaran media sosial terbaharu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan minatnya menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.
Kenyataan ringkas itu dibuat dalam sesi soal jawab (Q&A) yang dibuka kepada pengikut di laman Instagram milik baginda, hrhcrownprinceofjohor, semalam.
Ada pelbagai soalan ditanya, antaranya pandangan baginda mengenai prestasi pasukan bola sepak Harimau Malaya yang tewas kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, perkembangan politik tanah air, isu vaksinasi, minat, hobi dan kegemaran.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 'Long-Lap Penalty' dalam MotoGP?
BACA >>> Hafizh Nombor 9 di Itali, Aksi Terbaik Selepas Lima Pusingan
Salah satu soalan menarik perhatian adalah mengenai adakah baginda berminat menaja Hafizh, dan jawapan diberikan sangat ringkas, tetapi cukup jelas; "Saya berminat".
Jika benar Tunku Ismail, juga dikenali ramai sebagai TMJ berminat menaja Hafizh, sudah tentu itu perkembangan menarik buat pelumba negara tersebut yang kini berlumba di bawah pasukan dari Belanda, NTS RW Racing GP dalam kelas Moto2.
Apatah lagi Hafizh musim ini memang sedang bergelut mencari penaja untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba. Paling akhir, dia mendapat tajaan UMW Grantt International, iaitu syarikat pengeluar dan pengedar minyak pelincir jenama GRANTT membabitkan 60 peratus kos perlumbaan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga pernah menyatakan persetujuan menaja Hafizh, tetapi tiada maklumat lanjut mengenai jumlah tajaan diberikan.
BACA >>> KBS Setuju Nak Taja Hafizh!
BACA >>> UMW Grantt International Sambung Taja Hafizh
BACA >>> Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba
Namun, berdasarkan situasi dilalui Hafizh musim ini, kami berpendapat tajaan diterimanya masih tidak mencukupi. Ini kerana dia masih perlu pulang untuk berlatih di tanah air setiap kali tamat pusingan perlumbaan walaupun cuma berjarak seminggu dengan saingan seterusnya. Apa dilakukan semata-mata untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
Malah, sesi latihan, jurulatih, peralatan dan kediaman luar negara perlu diuruskan sendiri tanpa pengurus. Hafizh biasanya hanya ditemani isterinya ketika di luar negara. Pasukan NTS RW Racing GP pula cuma menyediakan sokongan jentera dan bantuan teknikal menjelang pusingan perlumbaan.
Agaknya, apakah perkembangan seterusnya mengenai minat TMJ itu?
BACA >>> Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!
BACA >>> Tidak Dibenarkan Bawa Isteri, Imigresen Balas Kenyataan Hafizh
Mahadi Saran says
TMJ, please sponsor Hafiz. When local teams do not recognized his talent, it's good to know that you are willing to sponsor him. The local P team is only concerned with highlighting their brand without the intention to promote local talents.