• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati 1098 S Tricolore Edisi Terhad Ini Dikesan Tersadai di India

Ducati 1098 S Tricolore Edisi Terhad Ini Dikesan Tersadai di India

June 4, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA antara pasaran motosikal terbesar dunia dengan lebih sejuta motosikal terjual dalam masa sebulan. Bagaimanapun, tidak banyak motosikal berkuasa tinggi dijual kerana berharga mahal disebabkan status model import (CBU) dengan cukai tinggi. 

Situasi itu menyebabkan beberapa individu cuba menggunakan cara haram untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi. Namun, pihak berkuasa pula sangat teliti dalam membanteras jenayah itu. Hasilnya, beberapa motosikal dirampas, termasuk model Ducati yang jarang dapat dilihat ini.

BACA >>> Honda India Rancang Jadi Hab Eksport Motosikal Dunia!

Model motosikal dalam gambar di atas ialah Ducati 1098 S Tricolore yang dikesan di Kochi dalam negeri Kerala, barat daya India. Superbike itu diparkir di satu kawasan terbuka yang khas untuk kenderaan rampasan.

Tiada kepastian bilakah model tersebut disita, tetapi boleh dikatakan sudah agak lama berdasarkan kondisi semasa motosikal itu yang sudah berhabuk. 

BACA >>> Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

Apa membuatkan model itu istimewa, cuma 1,013 unit sahaja dihasilkan Ducati, dan unit edisi terhad tersebut sememangnya popular dalam kalangan peminat jenama dua roda dari Itali itu.

1098 S Tricolore tampil dengan seragam triwarna yang memang dikhaskan untuk varian terhad Ducati. Kali pertama seragam berkenaan digunakan adalah untuk Ducati 750 F1 (1985).

1098 pula ialah model popular Ducati yang dilancarkan lebih sedekad lalu. Model tersebut dikuasakan enjin 1098cc L-Twin berkuasa 162hp @ 9,750rpm dan tork 123Nm @ 8,000rpm, serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> Masalah Lampu Signal Malap: Ducati Panggil Balik Scrambler Nightshift (2021)
BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

SUMBER: Cartoq.com

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati 1098 S Tricolore, India, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my