ZONTES berkongsi klip video di media sosial yang mendedahkan pengeluar dari China itu kini sedang membangunkan trenkuasa 3-silinder sebaris baharu untuk digunakan model-model sesaran besar akan datang.
Zontes ialah jenama dan salah satu subsidiari Tayo Motorcycle Technology. Walaupun masih baharu dalam pasaran dua roda, tetapi model silinder tunggal 125cc dan 310cc yang dihasilkan pengeluar itu mendapat sambutan baik di banyak pasaran dunia.
BACA >>> Zontes Perkenal Dua Sportbike 125cc untuk Pasaran Eropah, Harga RM15k
Perkongsian klip video itu menunjukkan beberapa perincian enjin seperti blok silinder, komponen aci sesondol dan aci engkol binaan baharu. Ada desas-desus mendakwa enjin tersebut akan dipasangkan pada model naked bike baharu jenama itu.
BACA >>> 10 Model Naked Bike Middleweight Terbaik 2020
Setakat ini, belum ada spesifikasi trenkuasa baharu tersebut. Apa yang mungkin berlaku adalah rancangan membangunkan trenkuasa 800cc dan 1,000cc untuk bersaing dengan produk keluaran Jepun dan Eropah seperti MV Agusta, Yamaha MT dan Triumph.
Trenkuasa itu dijangka menggunakan nisbah mampatan 13.5:1 dengan posisi aci engkol 120º yang dikatakan membantu enjin bekerja lebih efisien dengan menghasilkan output kuasa lebih 100hp.
Tahun lalu, bocor foto lakaran model naked bike baharu Zontes yang dikhabarkan menggunakan enjin 800cc hingga 1,000cc, dan dijangka dilancarkan tahun depan.
BACA >>> Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800
BACA >>> Bocor Imej Yamaha MT-09 (2021), Sesaran Enjin Dipertingkat?
BACA >>> Zongshen Cyclone RG3 (2021) - Sport Touring 400cc dengan Gaya Abang Besar
SUMBER: Motorpasion.com
Leave a Reply