• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Screambulance - Ambulans Berhantu untuk Peminat Hiburan Seram Jepun

Screambulance - Ambulans Berhantu untuk Peminat Hiburan Seram Jepun

June 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SITUASI pandemik Covid-19 memerlukan sesetengah perniagaan bertindak kreatif untuk terus bertahan. Sebuah syarikat rumah hantu di Jepun memperkenalkan rumah hantu bergerak yang diberikan nama 'Screambulance'.

Rumah hantu bergerak pertama Asia itu dihasilkan Kowagarasetai (Scaring Corps) dengan mengubah suai sebuah van ambulans supaya dapat membawa hiburan seram terus ke rumah pelanggan mereka.

BACA >>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

Ambulans yang nampak usang dan menyeramkan itu akan tiba di luar rumah pelanggan pada masa ditetapkan. Ia direka khas bagi memastikan peminat rumah hantu masih dapat merasai pengalaman seram walaupun dalam ruang kecil. Pada masa sama, penjarakan sosial masih dapat dilakukan. 

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia

Ruang dalaman ambulans itu direka khas bertema hospital berhantu dengan dilengkapi peralatan perubatan dan beberapa beg darah palsu tergantung di siling van. Kesan percikan darah dapat dilihat hampir keseluruhan bahagian dalaman van tersebut yang pasti menambahkan suasana menakutkan apabila berada di dalam. 

Lebih menarik, efek bunyi berhantu rumah hantu bergerak itu dirakamkan menggunakan sistem pembesar suara 3D, KU100 yang mampu membuatkan anda rasa seperti wujud entiti lain dalam ambulans berkenaan. 😱😱😱

'Screambulance' boleh ditempah secara atas talian pada harga 9,000 yen (RM338) untuk satu sesi selama 15 minit. Sebanyak 23 wad disediakan kepada pelanggan sekitar Tokyo yang berminat. Setiap sesi boleh menerima hingga enam pengunjung dan mula ditawarkan bermula 1 Julai akan datang. 

BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor
BACA >>> Hero Modifikasi Xtreme 200R Jadi Ambulans Tangani Covid-19 di Kawasan Terpencil

SUMBER: Odditycentral.com

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ambulans, Ambulans Berhantu, Jepun, Roda4, rumah hantu, seram, Tokyo, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev