WALAUPUN kereta elektrik dipasarkan sebagai kenderaan alternatif yang lebih mesra alam, tetapi muncul beberapa pendapat yang mempertikaikan dakwaan itu.
Kenderaan elektrik tidak mengeluarkan sebarang karbon, tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat ia masih menyumbang kepada emisi karbon melalui proses pembuatan kereta dan penghasilan tenaga elektrik.
Ketua Penyelidikan Tematik Global Jefferies, Simon Powell berkata, bagi memastikan pencemaran daripada kereta elektrik lebih sedikit berbanding kereta konvensional, pengguna perlu memandu kereta elektrik lebih jauh dan lebih lama daripada tempoh penggunaan kereta dengan enjin pembakaran dalaman biasa.
BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
Ini kerana lebih lama dan lebih jauh kenderaan elektrik dipandu, maka lebih banyak karbon yang sepatutnya dikeluarkan kenderaan konvensional dapat dijimatkan. Pada masa sama dapat memastikan penjimatan jumlah karbon adalah lebih besar daripada karbon terhasil ketika proses pembuatan kereta elektrik.
BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023
Powell menjelaskan, sejumlah besar karbon dikeluarkan apabila material seperti besi, aluminium dan kaca dibuat dalam penghasilan kereta. Masalahnya, kereta elektrik hari ini adalah lebih berat berbanding kereta biasa, sekali gus mengesahkan penggunaan bahan dan tenaga yang lebih banyak.
CADANGAN ALTERNATIF POWELL
Jadi cadangan Powell, mencipta besi lebih mesra alam seperti menggunakan hidrogen dalam proses pembuatan besi berbanding arang batu.
Pada masa sama, pelabur juga perlu membangunkan teknologi bateri yang lebih mampat-tenaga untuk mengurangkan berat kereta, sekali gus dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan pengeluaran karbon daripada kereta elektrik.
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik
SUMBER: CNBC
Leave a Reply