PEMINAT automotif Malaysia memang peka dengan sebarang kelibat dan foto model eksotik yang jarang dapat dilihat atas jalan negara ini. Jadi tidak hairanlah apa saja model tersebut, pasti cepat tular di media sosial.
Seorang individu, dipercayai ahli Evo Club Official Group mendakwa terserempak Ford GT40 biru dengan plat pendaftaran GT40, sama seperti nama model tersebut. Pemilik kereta itu didapati sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak Shell di Johor Bahru.
BACA >>> Ford GT Heritage Edition Sempena Tribut Kejayaan 24 Hours of Daytona 1966
Foto itu tular hingga mendapat perhatian Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman yang kemudian mengesahkan supercar itu adalah miliknya selepas dihubungi portal The Vocket.
The Vocket melaporkan Ford GT40 itu ialah unit pertama tiba di Malaysia sekitar September tahun lalu dan TPJ sebelum ini pernah memuat naik foto model biru tersebut di IG Story. Perkongsian itu adalah sebagai tatapan peminat kereta eksotik Malaysia.
BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta
View this post on Instagram
Selain TPJ, paduka kekandanya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memiliki dua unit Ford GT baharu yang dilaporkan tiba di Malaysia secara berasingan dengan seragam berbeza.
TMJ pernah mempamerkan Ford GT dengan seragam 68 Le Mans 2016 pada Disember tahun lalu. Menariknya, warna model itu sama seperti warna bendera Johor, iaitu merah, putih dan biru. Jentera tiga tona itu tertera angka 68 di depan cermin depan dan fender sisi selain teks GT pada kedua-dua pintu.
Pada Mac lalu, TMJ pernah berkongsi beberapa foto Ford GT dengan seragam Martini Racing menerusi IG Story. Jentera kedua itu berwarna putih dengan aksen merah-biru dan logo Martini Racing.
BACA >>> Elon Musk Sudah Beli Supercar Rare Seawal Usia 28 Tahun
View this post on Instagram
Pada Disember 2015, Ford pernah mendedahkan akan memperkenalkan model GT baharu dengan trenkuasa EcoBoost 600hp di Pameran Elektronik CES. Model itu ialah Ford GT40 yang mengambil ilham model klasik 1964 hingga 1969, dan cuma 105 unit dihasilkan sepanjang tempoh tersebut.
Ford menerima 6,500 permohonan awal daripada pembeli berpotensi menerusi laman FordGT.com dan 500 unit awal sudah diluluskan. Syarikat Blue Oval itu kemudian mengumumkan kenaikan kapasiti pengeluaran kepada 1,350 unit berbanding 1,000 unit untuk 2022.
BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'!
BACA >>> 7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
SUMBER: The Vocket | HRH Crown Prince of Johor |TPJ Tunku Abdul Rahman
Leave a Reply