ROLLS-ROYCE melancarkan model baharu super eksklusif, Boat Tail yang kali terakhir digunakan pada model 20-an dan 30-an. Nama itu diberikan sempena dengan bahagian belakang model tersebut yang menyerupai kapal layar.
Ketua Rolls-Royce Coachbuild Design, Alex Innes berkata, penghasilan model Boat Tail melibatkan kolaborasi unik antara pengeluar kereta mewah Britain itu dan pelanggan. Setakat ini, tiga unit telah dibuat mengikut citarasa klien yang terlibat dalam seluruh proses rekaan.
Model Boat Tail seperti gambar itu adalah milik pelanggan Rolls-Royce yang juga pemilik Boat Tail buatan 1932. Dijual pada harga bermula £20 juta (RM117 juta), berikut ciri menarik Rolls-Royce Boat Tail (2021):
- Trenkuasa 6.75L V12 Twin-Turbo berkuasa 563hp @ 5,000rpm dan tork 900Nm @ 1,700rpm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
- Ini ialah model grand tourer dengan empat kerusi dan rekaan dua pintu, manakala panjang kereta 5,900mm.
- Bahagian depan menampilkan rekaan trademark Rolls-Royce dengan gril pantheon dan lampu depan LED. Walaupun menyerupai Phantom, tetapi semua bahagian model ini adalah khas dan unik.
- Pintu but belakang terbuka dengan gaya sayap kupu-kupu dilengkapi dua peti sejuk untuk menempatkan champagne kegemaran pelanggan dan payung boleh buka secara teleskopik.
- Bahagian dalaman hadir dengan rekaan minimalis dan dihiasi dua jam buatan pengeluar Switzerland, Bovey yang direka khas untuk membolehkan berfungsi dalam kereta.
BACA >>> Rolls-Royce Sebelum Trump Jadi Presiden AS Hendak Dilelong, Dianggar Cecah RM1.6j!
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls Royce Cullinan Black Badge di Malaysia, Harga Mula RM1.7 juta!
SUMBER:autocar.co.uk
Leave a Reply