• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Filipina Perkenal Dua Varian Sniper 155 VVA (2021), Harga Mula 9.9k!

Yamaha Filipina Perkenal Dua Varian Sniper 155 VVA (2021), Harga Mula 9.9k!

May 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Philippines akhirnya melancarkan supermoped Sniper 155 (2021) dalam dua varian pilihan, iaitu Standard dan R.

Bertemakan Ride Above The Rest, kapcai prestasi yang terlebih dahulu menjengah pasaran negara jiran seperti Vietnam dan Malaysia itu dijual pada harga seperti berikut:

  • Standard - 114,900 peso (RM9,900)
  • R - 120,900 peso (RM10,418)

WARNA

Ada empat warna ditawarkan, iaitu tiga warna untuk varian Standard dan warna khas untuk R seperti berikut:

  • Standard: Race Blu (biru), Black Raven (serba hitam) dan Yellow Hornet (kuning kelabu).
  • R: Matte Titan (tembaga-emas pudar)

BACA >>> Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu

TRENKUASA

  • Dipacu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC 155cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA serta sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa 17.6hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm.
  • Transmisi digunakan jenis klac manual 6-kelajuan yang direka untuk mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kecekapan penggunaan petrol.
  • Klac antigelincir (Assist & Slipper) membantu mengurangkan tekanan anjakan gear, termasuk memudahkan menurunkan gear untuk keselesaan menunggang. Sistem ini sama dilengkapkan pada sportbike YZF-R15.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu

REKABENTUK

  • Meminjam gaya rekaan model YZF-R1 tetapi mengekalkan rekabentuk legasi Sniper untuk kombinasi tunggangan pecutan berprestasi dan mudah dikendali di kawasan metropolitan.
  • Lampu depan LED jenis terpisah dengan lampu rendah pada bahagian hendal manakala lampu tinggi dipasang pada panel depan. Lampu belakang jenis LED meniru gaya model R1.
  • Pelana jenis sport dibentuk untuk memastikan kaki penunggang mudah memijak permukaan jalan apabila berhenti. Material digunakan untuk balut pelana jenis antilicin.
  • Sistem ekzos direka untuk membantu kelancaran output trenkuasa bagi semua tahap pusingan enjin (rpm) selain kelihatan sporty.

BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

CASIS

  • Menggunakan frem baharu jenis backbone lebih ringan yang menawarkan kestabilan lebih tinggi ketika kelajuan tunggangan sederhana-tinggi selain mudah dikendali dalam halaju rendah.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. 
  • Sistem brek jenis cakera tunggal di depan dan belakang, manakala bahagian roda menggunakan rim 17 inci yang dibalut tayar 90/80 (depan), dan 120/70 (belakang).
  • Tinggi pelana 795mm dan, kapasiti tangki petrol 5.4 liter, manakala berat 119kg untuk varian Standard, dan 121kg untuk R.

BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

CIRI TAMBAHAN

  • Ada dua ciri tambahan, iaitu sistem kunci pintar dan tambahan soket kuasa untuk mengecas telefon pintar.

BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
BACA >>> #RetroAuto: Inilah 10 Trend yang Pernah Jadi Kegilaan Mat Motor 90-an
BACA >>> Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

yamaha sniper 155 2021 - 17
yamaha sniper 155 2021 - 16
yamaha sniper 155 2021 - 8
yamaha sniper 155 2021 - 2
yamaha sniper 155 2021 - 12
yamaha sniper 155 2021 - 20
yamaha sniper 155 2021 - 9
yamaha sniper 155 2021 - 14
yamaha sniper 155 2021 - 15
yamaha sniper 155 2021 - 6
yamaha sniper 155 2021 - 5
yamaha sniper 155 2021 - 4

SUMBER: Yamaha Filipina

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, Supermoped, Yamaha Filipina, Yamaha Motor Philippines, Yamaha Sniper 155 VVA (2021), Yamaha Sniper 155R VVA (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev