POLEMIK mengenai mana satu lebih baik antara motosikal elektrik dan petrol sudah berlarutan hampir sedekad lama. Pada masa itu, orang ramai cuma tahu satu kelebihan enjin digunakan motosikal elektrik, iaitu mesra alam sekitar.
Bagaimanapun, blog syarikat motosikal Damon kini mendedahkan lapan kelebihan enjin elektrik dengan kemajuan teknologi terkini yang jauh menandingi enjin pembakaran dalaman (ICE) pada motosikal petrol.
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
Berikut kelebihan motosikal elektrik:
1. KUASA DAN TORK SERTA-MERTA
Motosikal dengan ICE (petrol) memerlukan masa lebih lama untuk mencapai kuasa dan tork maksimum dengan putaran enjin (rpm) tinggi.
Motosikal elektrik pula menawarkan kuasa dan tork maksimum serta-merta dari sifar (0) rpm. Ciri ini tidak dapat diatasi motosikal petrol walaupun mengambil kira apa jua saiz kapasiti enjin (cc).
Semua model Damon Hypersport mampu pecut ke 100kmj dalam masa 3 saat. Ini memberi kelebihan kepada penunggang untuk pantas keluar dari sesuatu situasi atau dirempuh selain keseronokan tunggangan.
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik
2. KURANG PENYELENGGARAAN
Motosikal menggunakan minyak petrol perlu diselenggara lebih kerap dan sedikit membebankan berkait kos serta masa yang terpaksa ditanggung pemilik.
Penyelenggaraan ini membabitkan komponen dalam enjin petrol yang perlu ditukar mengikut jadual berkala atau lebih kerap bagi memastikan enjin kekal berprestasi.
Motosikal elektrik tidak menggunakan komponen seperti piston, injap, bendalir enjin atau karburator. Ini membuatkan kos penyelenggaraannya lebih rendah. Hanya perlu cas, jaga angin dalam tayar dan nikmati tunggangan.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat
3. PEMBIAYAAN MUDAH
Mitos bahawa motosikal elektrik berharga lebih mahal berbanding motosikal petrol semakin tidak relevan. Ini disebabkan ramai pengeluar motosikal elektrik memperkenalkan model bisnes untuk memudahkan pemilikan motosikal mesra alam.
Antaranya ialah Damon yang memperkenalkan konsep pelan langganan atau sewa beli. Ia sama seperti skim beli telefon pintar dengan pelan langganan sama ada 24, 36 atau 48 bulan (dua hingga empat tahun).
Bayaran bulanan jadi lebih rendah dan pemilik berpeluang trade-in model itu selepas tamat skim langgangan untuk membeli model elektrik baharu.
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Komponen Motosikal yang Perlu Diservis Selepas Redah Hujan
4. LEBIH SELESA
Motosikal elektrik dikatakan lebih selesa berbanding model berasaskan minyak petrol. Bunyi seperti skeptikal tetapi seleas menunggang kedua-dua jenis motosikal itu, anda akan merasainya.
Enjin petrol menghasilkan getaran sama ada ketika menunggang atau berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Meskipun ada ciri counter-balancer dalam enjin petrol, ia masih tidak mampu menghilangkan kesan getaran sepenuhnya.
Motosikal elektrik seperti keluaran Damon membolehkan penunggang mengubah ketetapan ergonomik tunggangan dengan hanya menekan butang.
Dipanggil sebagai teknologi Shift, ciri ini akan menyelaras kedudukan bar hendal dan peg kaki untuk keselesaan penunggang. Ini boleh dibuat semasa berhenti atau ketika menunggang.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Menunggang Betul Motosikal Ada Box?
5. KURANG PENCEMARAN BUNYI
Ini satu isu kontroversi berkait keselamatan kerana ramai percaya ekzos bising atau bunyi kuat mampu satu ciri keselamatan. Sebenarnya, motosikal elektrik bukan senyap 100 peratus tetapi ada bunyi motor minimum.
Mungkin ada pengeluar pasang speaker untuk menguatkan bunyi motor elektrik tetapi bukan pada tahap mencetuskan pencemaran bunyi melampau seperti cruiser petrol bersaiz besar.
Motosikal elektrik mungkin disukai kejiranan anda kerana waktu tidur bayi mereka tidak dikejutkan dengan bunyi bising ekzos dan membawa rasa lebih harmoni hubungan jiran tetangga.
BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
6. LEBIH MUDAH, JARAK LEBIH JAUH
Jika dulu, motosikal elektrik ada had jarak boleh tunggang dan kurang fasiliti mengecas semula bateri. Keadaan itu semakin berubah dengan lebih banyak tempat menawarkan alat mengecas semula bateri.
Tahun ini, banyak negara dan pengeluar meluaskan kemudahan alat mengecas kenderaan elektrik termasuk di stesen-stesen minyak dan memperkenalkan pek bateri kapasiti lebih tinggi.
Ada pengeluar menawarkan motosikal elektrik yang boleh ditunggang sehingga 320km sekali cas untuk kegunaan di bandar atau lebuh raya. Hampir sama seperti motosikal sport 600cc dengan satu isian tangki petrol penuh.
Pemilik motosikal elektrik boleh cas bateri di rumah menggunakan soket dan kabel pengecas berbanding motosikal petrol yang perlu berkunjung ke stesen minyak untuk mendapatkan bekalan bahan api.
7. BAIK UNTUK BUMI
Manfaat penggunaan motosikal elektrik ialah membantu mengurangkan pencemaran udara dengan emisi karbon rendah dan menurunkan suhu kepanasan Bumi.
Motosikal dan kereta berasaskan petrol dikatakan gagal membantu mengurangkan jumlah pembebasan gas karbon atau pencemaran udara global.
Jika dibandingkan trenkuasa elektrik, ia menggunakan lapan kali ganda tenaga dan melepaskan kadar emisi ialah separuh lebih rendah berbanding motosikal berasaskan petrol.
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?8.
8. LEBIH SELAMAT
Pengeluar motosikal elektrik menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi kepada penunggang dengan menggunakan teknologi AI dan data besar yang dikumpul untuk komputer motosikal mengesan situasi potensi ancaman di sekeliling anda. Ini termasuk imbasan 360º.
Maklum balas potensi ancaman disampaikan melalui paparan LED pada visor angin, bar hendal atau kamera yang dipasang pada motosikal elektrik.
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040
SUMBER: BlogDamon
Jan says
harga motor lagi mahal dari superbike,
harga bateri tak payah cerita mmg yahudi.
Ambik masa lama nak cas, x sesuai untuk jalan jauh kalau perlu cas tengah jalan.
BERAT, motor elektrik x ringan. handling akan terkesan sbb berat.
Tidak mesra alam seperti yang dijangkakan. mmg x guna petrol, tapi sumber elektrik dari mana? kalau seperti di kebanyakkan negara, sumber elektrik masih dari pembakaran bahan bakar di stesen jana kuasa, sama je x mesra alam.
memerlukan aktiviti perlombongan yang besar untuk cari sumber besi untuk buat bateri, sumber ni satu hari nanti akan habis, maknanya untuk jangka masa panjang, kenderaan elektrik masih tak boleh jadi pilihan muktamad.
Jawapan mungkin ada pada hydrogen fuel cell, tapi itu pun kena tunggu dulu, tengok research cakap apa.