TAHUKAH anda, lebih 1.3 juta manusia maut dalam kemalangan jalan raya seluruh dunia setiap tahun? Statistik ini berdasarkan data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ini bermaksud, satu nyawa terkorban setiap 24 saat. Statistik itu amat membimbangkan hingga WHO mahu mengesyorkan halaju dalam bandar dihadkan kepada 30kmj dengan harapan jumlah kematian dikurangkan separuh menjelang 2030.
Jumlah manusia terbunuh akibat nahas jalan raya dipercayai tidak akan menurun walaupun lebih ramai individu kini bekerja dari rumah dan perintah berkurung di banyak negara akibat pandemik Covid-19.
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa
Apa berbeza, orang ramai dapat mengurangkan belanja kos bahan api dan jumlah kemalangan jalan raya sepanjang perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, angka kematian dikatakan masih tidak berubah.
Ini dikaitkan dengan orang ramai masih memandu laju sama seperti dulu, iaitu tempoh sebelum tercetus wabak Covid-19. Kajian WHO mendapati 40-50 pemandu memandu melebihi halaju dan peningkatan kelajuan setiap 1kmj bermaksud risiko kemalangan maut juga naik antara 4 hingga 5 peratus.
Jika mengurangkan kelajuan pemanduan, kajian menunjukkan risiko kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya akan menurun secara drastik.
BACA >>> MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan
Menurut WHO pada tahun lalu, Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mewujudkan Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya Dekad 2021-2030 untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus kemalangan jalan raya.
Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 yang berlangsung pada 17-23 Mei 2021 membabitkan beratus-ratus aktiviti untuk pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan dan pertubuhan masyarakat.
Objektifnya, mendapatkan komitmen polisi peringkat negara dan tempatan (seperti negeri dan majlis perbandaran) untuk menguat kuasakan halaju 30kmj dalam kawasan bandar.
Banyak pihak, termasuk pertubuhan antarabangsa, yayasan dan perniagaan persendirian sudah menandatangani Surat Terbuka mendesak pelaksanaan halaju rendah di jalan raya seluruh dunia.
Ada beberapa bandar utama dunia sudah menguat kuasa halaju 30kmj. Ini termasuk zon dan bandar di Brussels, Paris, Sepanyol, Bogota, Colombia, Accra, Ghana, Ho Chi Minh City di Vietnam.
BACA >>> Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan
BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Tiba-Tiba Meluru Tengah Jalan, Budak 3 Tahun Maut Dirempuh
BACA >>> Penunggang Ducati Panigale Maut Rempuh Honda CR-V Buat Pusingan U
BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!
SUMBER: AutoEvolution | UNRoadSafetyWeek
Leave a Reply