• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta

Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta

May 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD memfailkan paten teknologi yang mampu membaca dan memaparkan maklumat iklan daripada papan iklan terus ke skrin unit infotainmen kereta.

Papan iklan adalah cara pengiklanan terbaik untuk menyebarkan maklumat secara ringkas kepada pengguna jalan raya. Namun, maklumat tertera seperti nombor telefon, alamat, laman web dan lain-lain sukar disebarkan kerana tempoh masa pengguna melewati papan iklan adalah sangat singkat, melainkan terkandas dalam kesesakan trafik. 

BACA >>> Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta

Ford cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan mencipta teknologi kamera luar kereta untuk mengesan dan memaparkan maklumat papan iklan pada skrin unit infotainment. Ini kerana kamera bukan lagi  menjadi peranti asing bagi kereta moden masa kini.

Bagaimananpun, itu bukanlah perkembangan baik kerana paparan pada unit infotainmen itu sendiri dianggap sebagai antara bentuk gangguan kepada fokus pemanduan.

Jadi, kehadiran papan iklan, dengan motif mahu menarik perhatian audiens, pasti mendatangkan kesan buruk terhadap pemandu dan pengguna jalan raya lain. Apatah lagi kebanyakan kereta moden hari ini didatangkan dengan saiz skrin besar yang boleh membuatkan pemandu tertarik, sekali gus menjejaskan pemanduan.

BACA >>> Yamaha USA Patenkan Semua Siri Nombor untuk YZF, R1 Hingga R10
BACA >>> BMW Dedah Paten Frem Sangkar Baharu untuk Skuter Berbumbung

SUMBER: Gizmodo

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: advertising, Auto Terkini, billboard, Ford, papan iklan, paten, teknologi, Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev