• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!

Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!

May 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMUM mengetahui kereta prestasi tinggi bukan kenderaan praktikal. Bagi menambah baik kekurangan itu, Porsche membangunkan kotak bumbung (roof box) yang mampu menahan kelajuan hingga 200kmj!

Kotak bumbung itu direka pasukan jurutera dan pereka Porsche dengan mengambil kira aspek aerodinamik dan pengendalian. Produk itersebut turut diuji di trek lumba, dan dalam terowong angin pada kelajuan dibenarkan.

Menurut Porsche, dalam ujian dinamik, tumpuan diberikan pada pengendalian kenderaan yang dipasangkan kargo pada kelajuan tinggi. Aspek ketahanan turut diuji di Pusat Pembangunan Porsche di Weissach, dan berdasarkan ujian dilakukan, kargo bumbung tersebut terbukti mampu menahan situasi lasak atas trek kasar.

Porsche turut menumpukan kepada aspek pengurangan geseran dan bunyi angin kerana kotak bumbung itu dipasangkan pada model elektrik, Taycan Cross Turismo. Ini penting bagi kenderaan elektrik kerana boleh memberi kesan kepada jarak perjalanan.

Jika ujian pada model itu lulus, maka kotak bumbung itu turut boleh digunakan model Porsche lain.

Kotak bumbung Porsche mempunyai kapasiti maksimum 17 kaki persegi (481 liter) yang mampu membawa berat muatan hingga 75kg. Ia juga boleh dikustomkan mengikut cita rasa pembeli dan boleh dibuka dari kedua-dua sisi untuk memberikan lebih akses.

Setakat ini, harga kotak bumbung Porsche itu belum diumumkan dan masih tidak dapat dipastikan unit itu ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!
BACA >>> Porsche, Siemens Bangunkan e-Fuel, Minyak Baharu Tanpa Karbon Dioksida

SUMBER: AutoBlog.com

Related

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Kotak Bumbung, Kotak Bumbung Porsche, Porsche, Porsche Taycan, porsche taycan cross turismo, roof box

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev