• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche, Siemens Bangunkan e-Fuel, Minyak Baharu Tanpa Karbon Dioksida

Porsche, Siemens Bangunkan e-Fuel, Minyak Baharu Tanpa Karbon Dioksida

March 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE sedang mengorak langkah memberi talian hayat kepada enjin pembakaran dalaman dengan membangunkan sejenis bahan api terbaharu, dinamakan e-fuel, hasil kolaborasi dengan firma tenaga, Siemens Energy dan merancang membina kilang pembangunan di Chile.

Apakah e-fuel? Bahan api ini dikatakan boleh dibakar tanpa melepaskan gas karbon dioksida (CO2). Pada masa sama, enjin pembakaran dalaman sedia ada tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian untuk menggunakan bahan api tersebut.

Michael Steiner

Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Porsche, Michael Steiner percaya enjin pembakaran dalaman menjadi mangsa dalam isu pencemaran emisi.  Beliau juga berpendapat masalah sebenar terletak pada sumber minyak yang dibakar. Justeru larangan terhadap bahan api fosil adalah lebih logik berbanding larangan terhadap enjin konvensional. 

Menurutnya, kerjasama Porsche dan Siemens boleh digunakan untuk meyakinkan Kerajaan seluruh dunia mengenai kemungkinan enjin pembakaran dalaman digunakan dengan bersih. Bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada usaha tersebut berjaya atau sebaliknya, tetapi pengeluar automotif Jerman itu komited mahu mencuba sebarang kemungkinan.

Porsche bakal menguji e-fuel tahun depan menerusi model 911, dan pada masa sama, pengeluaran kenderaan eletrik kekal menjadi prioriti Porsche. Jika e-fuel berjaya dibangunkan, pasti enjin pembakaran dalaman akan kekal popular dan relevan dalam jangka masa lama.

BACA >>> Polis UK Ini Tenang Saja Kejar Pencuri Porsche
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Syarat Emisi Euro5 Buatkan Ekzos Motosikal Jadi Besar?

SUMBER: Autocar

Artikel Berkaitan

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, co2, e-fuel, EV, Michael Steiner, Porsche, siemens, Siemens Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my