• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elak Kes Curi Penukar Bermangkin, Toyota UK Letak Penanda Tersembunyi

Elak Kes Curi Penukar Bermangkin, Toyota UK Letak Penanda Tersembunyi

May 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA dan Lexus akan meletakkan penanda tersembunyi pada 100,000 unit penukar bermangkin (catalytic converter) model lama jenama itu bagi membantu polis mengesan kecurian komponen tersebut. 

Kecurian penukar bermangkin semakin kerap berlaku berikutan kenaikan harga logam digunakan dalam komponen berkenaan. Susulan itu, firma pengurusan risiko, SmartWater menyediakan 50,000 kit kepada Toyota dan Lexus untuk menanda komponen diperlukan. 

Menurut pengeluar automotif dari Jepun itu, model hibrid lama sering menjadi sasaran kecurian penukar bermangkin kerana komponen model baharu tidak mampu menerima banyak tekanan selain lebih tahan lama dan sentiasa dalam kondisi lebih baik.

Komponen ditanda itu boleh dikenal pasti sebagai barang curi apabila dijumpai yang membolehkan pencuri didakwa dan diambil tindakan. Sebelum ini, Toyota sudahpun membangunkan alat keselamatan ‘Catloc’ yang membuatkan penukar bermangkin lebih sukar dicuri.

KES KECURIAN MENINGKAT

Kes kecurian penukar bermangkin semakin meningkat di Britain kerana permintaan tinggi terhadap logam seperti platinum, palladium dan rodium dalam komponen tersebut di pasaran gelap. Harga rodium kini meningkat 200 peratus sejak tahun lalu dengan nilai £12,795 (RM74,850) per 28 gram.

Tiga dalam 10 kes curi kereta diterima Ageas Insurance adalah melibatkan kecurian penukar bermangkin, meningkat berbanding kes dicatatkan pada fasa kuarantin Covid-19 pertama seluruh Britain pada Mac 2020 yang cuma merangkumi dua dalam 10 kes.

Keputusan Toyota dan Lexus meletakkan tanda pada komponen itu diharapkan dapat menurunkan kes kecurian dengan drastik.

BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS
BACA >>> Dodge Perkenal Teknologi Antikecurian Baharu, Kuasa Kereta Cuma 3hp Jika Tiada Kod Laluan

SUMBER: AutoExpress.co.uk

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Catalytic Converter, hibrid, kereta hibrid, Lexus, Lexus UK, Penukar Bermangkin, SmartWater, Toyota, Toyota UK, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev