• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dodge Perkenal Teknologi Antikecurian Baharu, Kuasa Kereta Cuma 3hp Jika Tiada Kod Laluan

Dodge Perkenal Teknologi Antikecurian Baharu, Kuasa Kereta Cuma 3hp Jika Tiada Kod Laluan

March 29, 2021 By Arif Leave a Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM antikecurian kereta kini sudah semakin maju. Terbaharu, pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Dodge memperkenalkan sistem sekuriti serba baharu untuk model Charger dan Challenger keluaran 2015 ke atas. 

Sistem keselamatan baharu itu memerlukan pemandu memasukkan kod empat digit pada skrin infotainment untuk membolehkan kereta dipandu laju. Jika gagal melakukan demikian, kereta tersebut hanya mempunyai kuasa 3hp sahaja, lebih rendah daripada kuasa kapcai Honda C70.

Dodge Charger Scat Pack 2020

Kemas kini terknologi itu ditawarkan percuma kepada semua pemilik Charger dan Challenger keluaran 2015 ke atas dengan enjin 392 Hemi V8 6.4L (485hp) atau enjin supercas V8 6.2L (717hp) yang terdapat pada versi Scat dan Hellcat. Pemilik hanya perlu mengunjungi pengedar terdekat untuk mengemas kini sistem berkenaan.

Menurut Institut Data Kehilangan Jalan Raya (HLDI), model Charger dan Challenger ialah dua model paling banyak dicuri di AS, iaitu lima kali lebih banyak berbanding kereta lain. 

Langkah Dodge mengenalkan sistem anti-kecurian baharu itu dijangka dapat membendung masalah berkenaan. Mungkin pengeluar lain juga dapat mengikut jejak langkah sama dalam mempertingkat ciri keselamatan produk kereta masing-masing.

BACA >>> Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem Fast Five
BACA >>> Ford UK Buka Tempahan Mustang Mach 1 Baharu, 454hp, 529Nm, Harga RM316k

SUMBER: Car and Driver

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ciri keselamatan, Dodge, dodge Challenger SRT Hellcat 2021, Dodge Charger Scat Pack 2020, muscle car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my