Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem ‘Fast Five’
Autotainment

Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem ‘Fast Five’

Azizi HBy Azizi H27/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEJAM celik sudah 19 tahun sejak kali pertama filem Fast & Furious muncul di pawagam. Filem penuh aksi dibintangi aktor Vin Diesel dan mendiang Paul Walker itu cukup popular dalam kalangan peminat antarabangsa kerana memaparkan aksi lagak ngeri luar biasa menggunakan kenderaaan prestasi tinggi.

Antara babak tidak boleh dilupakan ialah aksi Dominic Toretto dan Conor O’Brian membawa dua Dodge Charger sambil menarik peti besi dalam filem Fast Five.

BACA >>> #PanduUji: BMW 630i GT – Fastback Berprestasi Serba Mewah yang Praktikal

Kejayaan mencuri besi seberat 4 tan dari balai polis terbesar Brazil itu menjadi tanda tanya peminat filem tersebut. Ada mendakwa babak itu cuma kesan imej janaan komputer (CGI) semata-mata. Namun, tidak semua aksi dalam filem itu dibikin atas skrin hijau sahaja.

Pada 2019, koordinator lagak ngeri, Jack Gill mendedahkan rahsia di sebalik tabir Fast Five dalam laman YouTube. Filem itu menelan belanja AS$125 juta (RM518 juta) untuk membiayai kos seperti kenderaan dan rawatan pelakon aksi ngeri yang cedera bagi menjayakan babak luar biasa itu.

Menurut Gill, muslihat digunakan untuk ‘menarik’ peti besi itu adalah mengubah suai bahagian dalam bagi menempatkan stereng dan empat tayar yang  dibuat supaya ia mudah digerakkan dan diheret dua Dodge Charger.

Bagi menampakkan lebih realistik, Gill dan pasukannya membina trak kecil yang disorokkan dalam peti besi tersebut. Ini dilakukan untuk memudahkan pemanduan peti besi berkenaan, sekali gus menjayakan babak mustahil tersebut.

BACA >>> ‘Fast & Furious’ di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

Jadi, babak itu memang idea hebat  kerana tidak mahu bergantung kepada CGI, sebaliknya pihak produksi Fast Five sanggup mengambil risiko semata-mata untuk membuatkan orang ramai lebih menghargai nilai filem tersebut.

Anda boleh tonton video penjelasan Gill di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai babak penuh aksi itu.

SUMBER: JayGarret | TheVocket | YouTubeVanityFair

autotainment Conor O'Brian Dodge Charger Dominic Toretto Fast Five filem filem Hollywood Jack Gill
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.