• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SIDRIVE IQ: Aplikasi Mudah Alih Pantau Kondisi Bering Motor Elektrik Kereta Hibrid, EV

SIDRIVE IQ: Aplikasi Mudah Alih Pantau Kondisi Bering Motor Elektrik Kereta Hibrid, EV

May 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ramai tidak tahu bering adalah antara komponen mekanikal penting motor elektrik bagi kereta hibrid atau elektrik.

Bering direka untuk kegunaan lasak yang berdepan tekanan tinggi. Justeru aspek penyelenggaraan motor elektrik sangat penting supaya mampu bertahan lebih lama dan dapat beroperasi pada tahap optimum.

Syarikat teknologi, Siemens dan pengeluar bering dari Jerman, Schaeffler mengumumkan kerjasama membangunkan solusi diagnosis pintar untuk penyenggaraan bering motor elektrik kenderaan hibrid dan elektrik.

Sistem pintar itu membolehkan pengguna mendapatkan data tepat dan jelas mengenai kondisi bering bagi mengetahui status semasa komponen tersebut dan risiko kerosakan sebelum memutuskan masa sesuai dibaik pulih. Teknologi itu juga memudahkan kerja pemantauan bering motor elektrik.

Bagi memastikan segalanya lancar dan berkesan, Siemens menyatukan sistem analisis diagnosis automasi buatan Schaeffler dalam platform IIoT (Industrial Internet of Things), dipanggil SIDRIVE IQ. Metod penukaran data automasi berasaskan diagnosis algoritma itu adalah pertama dalam bidang IIoT.

Siemens turut membangunkan aplikasi SIDRIVE IQ Suite sebagai platform termaju berasaskan penilaian kepintaran buatan (AI) untuk menukar data saiz besar kepada maklumat terperinci mengenai kondisi motor elektrik.

Pakej itu terdiri daripada dua aplikasi mudah alih, iaitu SIDRIVE IQ VIEW dan SIDRIVE IQ TROUBLESHOOT. Ini memudahkan pengendali mengetahui status semasa motor elektrik dengan lebih tepat, termasuk senarai punca sesuatu isu jika mengesan bering bermasalah.

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang

SUMBER: Siemens

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bering, Bering Motor Elektrik, kereta elektrik, kereta hibrid, Schaeffler, Sidrive IQ Suite, Sidrive IQ Troubleshoot, Sidrive IQ View, siemens

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev