SUBARU berkongsi beberapa foto acah model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama, dipanggil Solterra, yang akan dihasilkan pengeluar itu menerusi kerjasama dengan Toyota.
Istilah Solterra dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan Latin iaitu Sol (Matahari) dan Terra (Bumi). Berikut beberapa maklumat awal mengenai SUV tersebut:
- Solterra dijangka dijual tahun depan dan akan dieksport ke Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun. Antara pesaing terdekat Solterra ialah Volkswagen ID.4 dan Nissan Ariya.
- Model SUV itu dibina menggunakan Platform Global e-Subaru (e-TNGA) berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), dengan pengubahsuaian khas.
- Platform itu direka khas untuk pengeluaran kenderaan elektrik yang akan digunakan Subaru dan Toyota. Teknologi itu membolehkan casis kenderaan elektrik dipasang beberapa jenis enjin dan sistem pacuan sama ada dua roda (2WD) atau semua roda (AWD).
- Berdasarkan laporan, Solterra mungkin menggunakan lampu jenis LED, manakala rekabentuk bonet lebih kukuh dengan jarak lega bumi lebih tinggi dan dipasangkan komponen pelindungan bawah kenderaan.
- Subaru belum mendedahkan butiran mengenai spesifikasi trenkuasa elektrik, tetapi ada sumber mendakwa SUV itu dilengkapi unit motor pada setiap gandar untuk konfigurasi sistem pacuan AWD.
- Pada 2019, Subaru dan Toyota mengumumkan pelan pembangunan kereta elektrik secara bersama, platform dan melancarkan crossover segmen-C.
BACA >>> Volvo XC40 Recharge - SUV Elektrik Penuh Pertama Dunia Dapat Rating TSP+
BACA >>> Nissan Patrol NISMO (2022), SUV Edisi Khas untuk Pak Arab, Harga RM434k
SUMBER: HotCars
Leave a Reply