• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motrac Unicorn 800 - Klon MV Agusta Superveloce 800 dari China

Motrac Unicorn 800 - Klon MV Agusta Superveloce 800 dari China

May 10, 2021 By Shawkath 1 Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV Agusta dikenali sebagai antara pengeluar motosikal tercantik dunia. Kini tiba giliran jenama itu menerima model kembar dari Asia. Ya, model MV Agusta Superveloce 800 pun sudah di klon menjadi Motrac Unicorn 800. 😅

Model klon itu dikeluarkan Motrac Motorcycle yang berpangkalan di Hong Kong dan pernah ditayangkan pada Pameran Auto Chongqing 2021 di China.

Menguatkan lagi dakwaan Motrac meniru model MV Agusta ialah rekaan lampu utama bentuk bulat dan fairing mirip superbike dari Itali itu.

Unicorn 800
Superveloce 800

Perbezaan paling ketara ialah sistem suspensi digunakan. Suspensi belakang Unicorn 800 menggunakan absorber kembar, manakala Superveloce 800 menggunakan monoshock jenis tunggal yang dipautkan swingarm.

Unicorn 800 dijana trenkuasa dwi-silinder 800cc berkuasa 60hp @ 7,500rpm dan tork 70Nm @ 5,000rpm. Sebagai perbandingan, jentera MV Agusta dipacu enjin 3-silinder 798cc berkuasa 145hp dan 88Nm yang jauh lebih berkuasa.

Middleweight dari Hong Kong itu dilengkapi rim 17 inci dengan bahagian roda menggunakan sistem brek cakera kembar 320mm di depan dan cakera tunggal 300mm di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Setakat ini, masih tiada maklumat mengenai harga Unicorn 800 dan tarikh pelancaran.

BACA >>> Sportbike Klasik Moden, MV Agusta Superveloce 800 Lancar, Harga Mula RM93k
BACA >>> MV Agusta Superveloce Alpine yang Cuma Ada 100 Unit Sahaja di Dunia, Harga RM178k
BACA >>> Moxiao 500RR - Inilah Klon Panigale dari China, Sepantas 165kmj, RM22k Sahaja!

SUMBER: MotoIT | BikeDekho

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Motrac Motrocycle, Motrac Unicorn 800, MV Agusta, MV Agusta Superveloce 800, roda2

Comments

  1. Jan says

    May 15, 2021 at 8:06 PM

    oklah jugak, china sekurang2 nya ada klon, malaysia klon pun xde

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev