• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vios Dibawa Banjir Deras, Dua Beranak Nyaris Maut

Vios Dibawa Banjir Deras, Dua Beranak Nyaris Maut

May 6, 2021 By Han Othman Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/05/dua-beranak-terperangkap-banjir-ipoh.mp4

 

DUA beranak nyaris maut apabila kereta jenis Vios dinaiki mereka dibawa arus banjir deras dalam insiden di Kota Raja, Taman Meru dekat Ipoh, jam 6 petang semalam.

Insiden membabitkan seorang wanita, 47 tahun dan anaknya, 19 tahun apabila cuba memandu meredah banjir di satu jalan ketika sedang dalam perjalanan pulang dari Kota Raja ke rumah mereka di Manjung.

Kedua-dua mangsa terpaksa keluar dan berpaut pada tingkap kereta sebelum disedari penduduk kampung di situ yang kemudian menghubungi pasukan bomba. Arus banjir deras dikatakan berpunca daripada limpahan Sungai Meru.

Kedua-dua mangsa berpaut pada kereta selama 10 minit sebelum pasukan bomba tiba. Operasi menyelamat dijalankan dengan dua anggota memakai jaket keselamatan dan bergerak perlahan-lahan mengikut arus untuk sampai kepada mangsa menggunakan tali yang ditambat pada pokok.

Dua mangsa itu terlebih dahulu dipakaikan jaket keselamatan sebelum dibawa ke tempat selamat. Operasi tamat pada jam 7.19 petang.

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir

SUMBER/FOTO: Utusan | Bomba

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, banjir, Banjir Ipoh, Dua Beranak Nyaris Maut, kemalangan, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my