KERJA memotong rumput memang memenatkan, terutama buat mereka yang mempunyai laman rumah yang luas, apatah lagi sayup mata memandang.
Sesetengah orang memang tidak sanggup hendak menghadap matahari terik semata-mata hendak memotong rumput di halaman rumah sendiri. Lebih baik upah saja orang.
Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, lelaki dari Amerika Syarikat (AS) ini patut dijadikan contoh apabila mengubah suai Ford Festiva menjadi mesin potong rumput.
Lelaki kreatif itu ialah YouTuber, Ginger Billy, atau nama sebenarnya, Adam Parkins, yang juga mantan ahli terapi pernafasan. Billy terkenal dengan koleksi video satira yang memaparkan kehidupan di pedalaman South Carolina dan setakat ini sudah mengumpul lebih 795,000 pengikut.
Dalam video itu, Billy menunjukkan cara kereta mesin rumput berkenaan berfungsi, iaitu meletakkan motor mesin rumput pada but belakang dan menyambungkan suis di ruang dalaman kereta antara kerusi pemandu.
Tujuan Billy mengubah suai Festiva adalah kerana tidak sanggup berpeluh ketika panas. Jadi, dengan mengubah suai kenderaan diberikan nama Ron Beer itu, dia dapat terus bekerja sambil menikmati keselesaan seperti sedang memandu kereta sebenar kerana ada unit radio dan penyaman udara.
Idea ini nampak pelik, tetapi sangat bijak dan praktikal.
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang
BACA >>> #BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri
SUMBER: Jalopnik
Leave a Reply