Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19
Auto Terkini

Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MARUTI Suzuki mengambil keputusan menutup beberapa kilang pengeluaran kereta jenama Suzuki di India untuk membantu pesakit koronavirus di India mendapat bekalan oksigen.

Semua kilang terlibat ditutup bermula 1 hingga 9 Mei ini. Suzuki Motor Corp di Jepun mengesahkan langkah penutupan sementara itu membabitkan tiga kilang di India.

Maruti Suzuki dalam satu kenyataan mengesahkan penggunaan oksigen skala kecil untuk penghasilan kenderaan. Bagaimanapun, bekalan oksigen dalam kuantiti lebih besar digunakan dalam aktiviti penghasilan pelbagai komponen kenderaan.

Syarikat itu menyatakan ‘komitmen untuk membantu Kerajaan dalam agihan bekalan oksigen demi menyelamatkan nyawa manusia’.

Oksigen lazimnya digunakan dalam kerja-kerja kimpalan kenderaan dan proses pengeluaran lain. Masalah oksigen juga menjejaskan vendor-vendor Suzuki dan menjejaskan aktiviti pengeluaran komponen.

Gelombang kedua pandemik Covid-19 di India amat serius hingga pesakit koronavirus dan pengurusan hospital berdepan kekurangan bekalan oksigen cecair (perubatan).

Maruti Suzuki pernah bekerjasama dengan AgVa Healthcare untuk menghasilkan 10,000 mesin ventilator bagi membantu Kerajaan India semasa gelombang pertama pandemik. Syarikat juga pernah menghasilkan Sut Pelindungan Diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.

Selain Maruti Suzuki, ada beberapa syarikat lain tampil memberi sokongan dengan menggandakan pengeluaran oksigen cecair untuk kegunaan hospital di Delhi, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh. Antara syarikat itu ialah Reliance Industries Limited, Tata, JSW Steel dan Jindal Steel and Power.

TRIVIA

  • Permintaan untuk bekalan oksigen di India mencecah 5,000 tan metrik sehari (MTPD) berbanding purata 700 hingga 800 MTPD. Kenaikan sebanyak 600 hingga 800 peratus.
  • Hospital sebelum ini memerlukan 20 hingga 22 tong oksigen perubatan sehari tetapi kini meningkat kepada 60 hingga 70 tong silinder setiap hari.
  • India menghasilkan 7,500 MTPD dan 6,600 tan metrik bekalan oksigen cecair diperuntukan kepada semua negeri untuk tujuan perubatan. Bagaimanapun, banyak negeri masih kekurangan bekalan.
  • Jumlah kes positf Covid di India hampir 20 juta orang dengan catatan lebih 300,000 kes sehari (sejak minggu lalu). Jumlah kematian ialah 218,959 orang.

SUMBER: Business Today | KyodoNews | TimesNowNews | Line

Covid-19 Suzuki India Maruti Suzuki India Maruti Suzuki India Ltd Suzuki India
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.