• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Pan America 1250 (2021) Lancar di Filipina, Harga Mula RM119k

Harley-Davidson Pan America 1250 (2021) Lancar di Filipina, Harga Mula RM119k

May 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILIPINA antara negara Asean paling awal menyambut ketibaan Harley-Davidson Pan America 1250 selepas debut model advencer jenama Amerika Syarikat (AS) itu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) di Thailand, Mac lalu.

Model pesaing kepada BMW R 1250 GS dan KTM 1290 Adventure R itu dijual pada harga permulaan 1,400,000 peso (RM119,630).

Berikut perincian Pan America 1250:

  • Trenkuasa Pan America 1250 dijana enjin baharu 4-injap Revolution Max V-Twin 60º 1250cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 150hp @ 9,000rpm dan tork 127Nm @ 6,750rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
Pan America 1250 Special
Pan America 1250 Standard
  • Ada dua varian: Standard dan Special. Walaupun fizikal Pan America nampak lebih besar, tetapi lebih ringan 7kg berbanding R 1250 GS. Berat varian Standard 242kg, manakala Special 253kg.

  • Panel meter jenis TFT warna dengan skrin sentuh 6.8 inci yang boleh dicondongkan kedudukannya. Fungsi skrin sentuh akan dimatikan ketika menunggang, tetapi penunggang masih boleh menggunakan butang kawalan tangan untuk mengubah tetapan sedia ada. Semua maklumat dipamerkan pada skrin.

Pan America 1250 menggunakan sistem pencahayaan penuh LED dilengkapi saiz tangki minyak 21 liter.Ia juga sarat dengan ciri keselamatan dan tunggangan mudah, antaranya Kawalan Traksi Condong, Sistem Brek Anti-kunci Belok (Cornering ABS), Sistem ABS, Kawalan Jelajah dan Kawalan Bukit.

  • Sistem suspensi dipasangkan fork Showa BFF (Balance Free Forks) 47mm semi-aktif boleh laras elektronik dan Showa Piggyback BFRC (Balance Free Rear Cushion-lite) semi-aktif boleh laras.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek Brembo, iaitu cakera kembar 320mm dan kaliper monoblok 4-piston di depan dan cakera tunggal 280mm dengan kaliper piston tunggal di belakang.
  • Turut ditawarkan beberapa aksesori khas seperti tongkat tengah, gad tangan, plat skid dan bar rempuh, serta visor angin boleh laras.
  • Vvarian Special dilengkapi suspensi semi automatik yang boleh dinaik taraf kepada Kawalan Tinggi Tunggangan Adaptif (Adaptive Ride Height Control - ARHC) yang berfungsi merendahkan ketinggian hingga 50mm dalam kondisi pegun. Apabila mula menunggang, ketinggian akan meningkat ke paras sebenar.
  • Pan America 1250 ialah projek Harley-Davidson yang diumumkan sejak 2018 dan berjaya mengharungi detik sukar hingga hampir dibatalkan seperi model Bronx.

BACA >>> Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k
BACA >>> Harley-Davidson Lancar Barisan Model Baharu 2021 untuk Pasaran Malaysia

Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 2
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 4
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 8
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 9
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 11
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 12
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 13
Harley-Davidson-Pan-America-1250-chain-final-drive
Harley-Davidson-Pan-America-1250-wheel-tire-Michelin-Anakee-Wild
Pan America Cut-Away-Engine
Harley-Davidson-Pan-America-1250-ride-modes
Harley-Davidson-Pan-America-1250-suspension-shock-adaptive-ride-height
Harley-Davidson-Pan-America-1250-windscreen-daymaker-adaptive-led-headlight
Harley Davidson Pan America 1250 Filipina - 1
Pan America 1250 Special
Pan America 1250 Special
Pan America 1250 Standard
Pan America 1250 Standard

SUMBER: MotoPinas | RiderMagazine

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Harley-Davidson, Harley-Davidson Pan America 1250, Pan America 1250 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev